Bertemu bukan Politik PAS-Umno

Mursyi:dul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul :Aziz Nik Mat menolak pertemuan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya ia membincangkan hubungan politik dan perpaduan Islam di antara Pas dan UMNO.

Katanya, beliau hanya mengadakan pertemuan sekiranya ia melibatkan rundingan berhubung prinsip hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sahaja.

“Boleh (jumpa) tak ada masalah. Boleh di mana sahaja. Kalau saya tidak uzur saya boleh ke mana-mana. Tapi kalau nak runding fasal Pas dan UMNO, tak ada.

“Kalau nak jumpa saya nak runding Pas dan UMNO tak boleh kerana barang dah selesai dah. Dua tahun (sudah) selesai. Itu keputusan parti, bukan keputusan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri yang menghargai sikap terbukannya yang bersedia untuk mengadakan perjumpaan antara kedua-dua parti itu demi :perpaduan orang Melayu.

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, Pas sudah menutup pintu rundingan melibatkan kerjasama politik.

“Kalau nak runding masalah lain masalah petroleum atau apa, boleh. Kalau nak runding fasal petroleum kita kena ada sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa kerana beliau adalah pengerusi yang diserahkan amanah untuk tujuan itu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerjasama UMNO dengan Pas bukan menunjukkan UMNO lemah dan memerlukan sokongan Pas, beliau berkata, itu adalah urusan dalaman UMNO.

“Perpaduan Islam ini tak perlu runding kerana, ia memang sudah begitu, nak runding apa lagi? UMNO tolak Islam ambil kebangsaan, Pas nak runding macam mana? Tukar kebangsaan kepada Islamlah, tak payah runding,” katanya.

Kelmarin, Muhyiddin, dalam kenyataannya sempena lawatan ke Tanah Merah semalam dilaporkan berkata, UMNO sedia menjalin kerjasama dengan Pas kerana parti itu menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu. – Sumber Sinar Harian

Advertisements

2 Respons

  1. Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Guru yang memperlihatkan ketegasan dalam mempertahankan Aqidah Islamiah, Kini terbukti Tuan Guru mendahulukan Islam daripada melebihi Politik, Betapa sukarnya mencari pemimpin yang mempunyai kerohanian yang suci daripada cintakan kebendaan, saya yakin Tuan Guru tidak jemu berhubung dengan Allah SWT diwaktu malam hari, lihatlah Peristiwa Isra’ dan Mikraj , Allah SWT melayan kesedihan Rasulullah SAW diwaktu malam ketika Baginda menitis air mata kerana tiada lagi insan didunia ini yang dapat menjadi pendorong Baginda dalam meneruskan perjuangan, Apakah ada pemimpin-pemimpin lain yang juga sanggup berhubung dengan Allah SWT pada waktu malam hari dan meninggalkan maksiat pada siang hari, saya bukanlah orang yang alim tetapi daripada apa yang saya lihat, setiap tingkahlaku dan kata-kata Tuan Guru pasti mendatang kejayaan dan kemenangan, apabila saya mendengar setiap ulasan Tuan Guru, saya akan sematkan dihati kecil saya, bahawa kata-kata Tuan Guru adalah Ilham daripada Allah SWT semasa Beliau berhubung dengan Allah SWT dalam Tahajjud dan Qiamullail sepanjang malam. Maka saya akan menadah telinga dengan cermat mendengar kata-kata Tuan Guru. Bukan senang untuk mendapat pangkat yang tidak diminta dan dikenali peringkat dunia tetapi Tuan Guru tetap bersabar dalam semua perkara. Saya yakin semua ini, kerana dalam kehidupan saya, saya sering mendapat bayangan sesuatu perkara sebelum ianya berlaku, sekiranya saya telah mendekati Allah SWT dengan amal ibadat di malam hari, Marilah kita dekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jauhilah segala perkara mungkar dalam kehidupan seharian, Malulah kita kepada Allah SWT apabila kita menggunakan nikmat-nikmat Allah SWT untuk melakukan maksiat siang dan malam tetapi menadah tangan kepada Allahb SWT untuk memohon dipertambahkan nikmat sedangkan Allah SWT telah tahu kemana nikmat yang telah Allah SWT berikan dihabiskan. Hormatilah Tuan Guru, pasti hidup anda diberkati, tidak salah kita mendampingi Tuan Guru, selagi Tuan Guru tidak mengajak kepada perkara mungkar dan syirik kepada Allah SWT, Ya Allah berilah kepadaku kekuatan untuk melakukan Ibadat kepada Mu siang dan malam dan pertemukanlah diriku dengan insan-insan yang dapat memberi manfaat kepada kebaikkan dunia dan Akhirat.Amin Ya Rabbal Alamin.

  2. Saya akui TG Nik Aziz ialah seorang yang alim tetapi banyak perkara yang dibuat/dikatakan amatlah MENYEDIHKAN dan MERAGUKAN.

    Saya menimbulkan perkara ini kerana kita adalah Islam.

    Keenganan bertemu UMNO atas dasar politik amatlah merugikan ummah.UMNO yang dianggotai oleh l/k 3 juta orang Melayu yg tentunya Islam amatlah berguna dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam..

    Dgn mengutuk Allah sebagai pencarut menjadikan TG Nik Aziz syirik khafi.Sila tegur saya kalau ini tak benar.

    Mengatakan syaitan boleh dibuat sahabat sangat bertentangan amaran Allah dlm Al-Qur’an.Sila rujuk 2:208.Banyak lagi ayat2 lain.

    Mengatakan orang2 UMNO syirik kerana UMNO perjuangkan nasionalis sangatlah tidak wajar,seolah-olah mengatakan orang2 UMNO kafir.

    Ini ialah pandangan saya sebagai orang UMNO Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: