Siapa yang teringin sangat nak bersatu dengan Umno

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu PAS dan Umno yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Bagi mencapai perpaduan, beliau berkata pemimpin yang beragama akan memahami erti perpaduan yang akan membawa ke arah kebaikan. – Malaysiakini

Sementara itu, dalam sidang media Naib Presiden PAS di pejabat Agung, Jalan Raja Laut di sini, Pas menafikan kenyataan Harrussani bahawa terdapat wakil daripada parti itu menemuinya untuk menjadi orang tengah dan menganggapnya sebagai satu pembohongan.

Katanya, Pas tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani menguruskan pertemuan Pas dan UMNO bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

“Kenyataan Harussani itu satu fitnah dan pembohongan. Tidak ada, beliau cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin Pas yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” katanya.

Manakala seorang lagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang turut serta dalam sidang media tersebut mengulangi pendirian Pas tidak pernah membincangkan isu kerjasama dengan UMNO.

“Kami sudah memutuskan sudah tutup bab perbincangan mengenai kerjasama politik dengan UMNO. Kalau Pas ada membincangkan soal ini, sudah pasti saya dan Datuk Mahfuz sudah tahu,” katanya.

Sabtu lalu, Harussani mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Mengulas isu kekuatan orang Melayu akan terhapus dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata kuasa Melayu akan lebih mulia dan dihormati tanpa Barisan Nasional.

Katanya, beliau menghargai kenyataan terbuka Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa kuasa orang Melayu di bawah pimpinan UMNO akan hilang.

“Orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu akan tetap kekal malah akan lebih mulia dan dihormati tanpa Barisan Nasional,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas di sini semalam.

Beliau mengulas berhubung kerjasama antara Pas dan UMNO dan kesediaan Harrusani menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin kedua parti itu.

4 Respons

  1. Saya ingin mendapatkan jawapan jelas daripada pemimpin2 besar PAS.

    KENAPA PAS TAK BOLEH BERSATU, BERBAIK2, BERKERJASAMA dengan UMNO sedangkan boleh berbaik2 dengan DAP sebuah parti yang terang2 menentang Islam yang terang2 ingin memerintah negara dengan menjadikan PAS sebagai batu loncatannya dan mencapai cita2nya …MALAYSIAN MALAYSIA seperti di Singapura oleh PAP.

    Apakah PAS ,TAK NAMPAK ini semua kerana terlalu ghairah untuk mendapat ‘kerusi’ di PUTRAJAYA ? Hilang segala pertimbangan dan kebijaksanaan?

    Mana perjuangan menegakkan syiar Islam selama ini.Kemana hilangnya perjuangan untuk merealisasikan Hukum Hudud?

  2. bila pulak DAP menentang islam? siapakah vice chairman of DAP kalau bukan Tunku Abdul Aziz? Bukankah parti yang adil lebih baik dari parti melayu yang makan rasuah? Bukankah makan rasuah seolah-olah memakan babi ?

    Bukankah Lim Guan Eng memerintah dengan memelajari cara-cara pemerintahan Kalifah2 Islam?

    Lupakah orang melayu apabila Ketua Pemuda Wanita Umno terus terang menentang Hukum Hudud? Mengatakan ia tidak adil kepada Wanita?

  3. Assalamualaikum Jiwo klate jange jiwo je klate,keberanian biarlah mace ore klate jugok.Siarlah tulisan sayo ni.

    UMNO menolak hukum hudud yang dibuat oleh PAS je, bukan menolak hukum hudud Allah.

  4. Assalamualaikum Jiwo klate,kalau nak siar tulisan saya siarlah sepenuhnya.Kalau tidak jangan siar langsung.

    Tok baik lagu tu. Nati pembacor saloh paham pulak.

    Sayor kesal dok oh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: