Kerjasama Umno-PAS: Mufti diperalat sanggup berbohong

Umno tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

“Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

“Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

“Saya berkeyakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang “terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu”.

“Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka,” katanya. – Harakahdaily

Sementara itu, Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa meminta pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.

“Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

“Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai berkata Umno dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Advertisements

2 Respons

  1. Apa yang dikatakan oleh En.Nasrudin Hassan adalah benar.

    Pemimpin yg.berjiwa besar perlu melihat masalah yg dihadapi dengan ‘hati yang baik’. Bukan sekadar untuk ruang yg sempit dan masa yg terhad.

    Saya berharap benar pemuda/pemudi PAS menyedari hakikat bahawa berpadu dengan UMNO adalah jauh lebih baik daripada bersahabat dengan DAP dan PKR. Terutama untuk kepentingan masa depan anak, cucu, cicit,ciat kita. Salah membuat pertimbangan sepertilah salah membenarkan pendatang Cina dan India menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu dulu. Sekali silap tak dapat diperbetulkan lagi.

    Kata orang dulu2, sesorang yang sembahyang lima waktu (Islam) mudah meninggalkan kejahatan, orang yang tak pernah sembahyang (kafir harbi macam DAP) sangat susah untuk berbuat baik walau sedikit pun terutama kpd orang Islam.

    Kalau ada yang berbuat baik pun hanya pura-pura.

  2. WAJAR bersatu atas nama islam dan bukannya atas dasar bangsa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: