HARUSSANI MUFTI PENCACAI UMNO YANG MEMALUKAN

Oleh DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR, Naib Presiden PAS

Pengakuan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mendedahkan kedudukkan dan peranan Tan Sri Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

Jelas apa yang dinyatakan oleh Datuk Hasan bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno. Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Datuk Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk berbincang dengan Tan Sri Harussani isu kerjasama PAS dan Umno.

Kenyataan Datuk Hasan jelas mendedahkan pembohongan seorang Mufti seperti Tan Sri Harussani. Pembohongan Tan Sri Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulamak khususnya para Mufti yang ada di Malaysia. Tan Sri Harussani sepatutnya meletakan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai seorang Mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Datuk Hasan jelas pembohongan Tan Sri Harussani.

Saya menuntut Tan Sri Harussani memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam atas pembohongan yang memalukan. Saya juga minta beliau tidak membiarkan diri beliau dari terus menjadi pencacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Satu Respons

  1. Dimanakah kemuliaan NIK AZIZ dan dimanakah ketinggian akhlak beliau mengikut kacamata insan muslim yang sebenar, bebas dan neutral…tiada apa yang dapat dibanggakan dengan insan yang bernama NIK AZIZ di hati beliau penuh dengan dendam kesumat yang maha tebal,kebencian yang maha tinggi,kesombongan dan kebongkakan yang tiada tolok bandingnya di bumi Allah yang luas ini….di mata beliau penuh amarah dan api, tiada nur yang menenangkan jiwa terpancar dari raut wajah seorang yang dilabelkan pewaris nabi ini ,segala bicara beliau memedih dan menyakitkan hati seluruh hati insan muslim ,seluruh tindak tanduk beliau penuh celaru,pincang serta merosakkan kepada seluruh insan yang tidak mampu berfikir. Di hati beliau penuh riak,bongkak serta penuh kesombongan yang tidak mampu lagi diubah dan diperbetulkan oleh insan biasa di bumi fana ini kecuali hidayah Allah…..paling mendukacitakan keburukan peribadi beliau terus melarat ke seluruh umat PAS dari pucuk hingga ke akar umbi,fanatik ,taksub dan kesombongan menjadi perhiasan kaum ini dan ianya terus dipegang dan diamalkan sebagai sebuah amanat yang terlampau kudus dan suci.Hati-hati umat ini terus hitam dan terus hitam dengan pelbagai fatwa songsang dan menyesatkan yang tujuannya hanya satu untuk kuasa dan kedudukan tidak lebih dari itu, agama suci islam terus dipermain dan diperalatkan dengan cara yang teramat licik, di dalam PAS tiada apa yang istimewa untuk islam dan ummat melayu,ianya penuh dengan muslihat,tipu daya serta helah yang natijahnya akan merugikan agama dan bangsa suatu masa nanti…sama-samalah kita tunggu dan dengar perkhabaran itu……berubahlah ummat PAS sebelum langit naik sebelah barat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: