Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dituju kepada Umno – Tok Guru Nik Aziz

Paparan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini nyata sekali berniat untuk memburuk-burukkan saya. Saya tidak menyebut perkataan “tidak tahu malu”manakala pepatah “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” itu saya tujukan kepada UMNO itu sendiri, bukan kepada pihak-pihak yang lain. Sekian dimaklumkan. – Facebook

KUALA TERENGGANU 25 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

“Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah,” katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah ‘penyatuan Melayu’ melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

“Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang,” katanya.

Pas menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Advertisements

Satu Respons

  1. POK NIK MACAMANA DENGAN DAP ADAKAH IA IKHLAS UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PAS DAN BERSETUJU DENGAN NEGARA ISLAM YANG DIWAWARKAN OLEH POK NIK SEJAK SEKIAN LAMA, ADAKAH DAP LEBIH ISLAMIK DAN MULIA BERBANDING DENGAN UMNO,INGAT SEMUA INSAN MUSLIM ADALAH SAMA,KITA MENYEMBAH TUHAN YANG SATU, MENGADAP QIBLAT YANG SAMA, NABI YANG SAMA, QURAN YANG SAMA,DAN YANG MEMBEZAKAN HANYA IDEOLOGI DAN PEGANGAN ITU SAJA. TELAH TERLAMPAU MAKSIMUN KEBENCIAN POK NIK PADA UMNO,TELAH MAKSIMUN,RIAK POK , TAKBUR SERTA KESOMBONGAN POK NIK DENGAN SECEBIS NIKMAT YAKNI KUASA YANG DIUJI ALLAH PADA POK NIK,POK NIK MEMANDANG RENDAH PADA INSAN LAIN SERTA BERMEGAH DENGAN KETAQWAAN DAN KEISLAMAN POK NIK LANTAS MEMPERTIKAI HUJAH SERTA KEISLAMAN ORANG. KESOMBONGAN DAN KEBONGKAKAN POK NIK TERUS MELARAT DAN MEREBAK HINGGA KE AKAR UMBI LANTAS MELAHIRKAN INSAN SOMBONG,RIAK SERTA TIDAK MENDENGAR KATA DI TENGAH MASYARAKAT ISLAM, INGATLAH POK NIK KESOMBONGAN ITU ADALAH MEROSAKKAN SERTA IA MAMPU MELENYAPKAN KEMULIAAN SESEORANG. SEBELUM KEMULIAAN ITU HILANG DAN SEBELUM SECEBIS KUASA ITU DIRENTAP ALLAH DIHARAPKAN POK NIK BERLAPANG DADA DAN LONTARKAN SEGALA SIFAT -SIFAT ITU DI LUBUK YANG DALAM……SEMOGA POK NIK AKAN TERUS DIKENANG DAN DIKASIHI SAMPAI BILA BILA…………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: