Kezaliman belum terampun, Pemimpin PAS jangan lupa!

Isu Kerjasama Umno-PAS tiba-tiba jadi isu panas seminggu dua ini. Belum selesai isu kerjasama timbul pula siapa bohong dan siapa benar antara Mufti Perak dan Dato’ Hassan Ali. Kenapa perlu berbohong? Sehingga Mufti Perak, Tan Sri Harussani turut ambil bahagian nak menyatukan Umno-PAS. Manakala Pelan Damai Umno-PAS pula nak cuba dicetuskan Ketua Pemuda PAS.

Rakyat, Ahli dan penyokong PAS tidak keliru mengenai siapa benar siapa bohong. Mungkin segelintir pemimpin PAS saja yang akan keliru dan ‘bengong’ Sehingga kenyataan Anak Tok Guru Nik Aziz (Nik Abduh) dikatakan menyokong perpaduan Umno-PAS (KLIK sini). Mungkin inilah yang dikehendaki oleh Umno/BN yang sentiasa ingin melihat pemimpin PAS menjadi ‘bengong’ dan keliru.

Tetapi juga jangan sampai pemimpin PAS “Tak tau orang tak bodoh” sudah lah!!.

Kenapa perlu Umno-PAS berpadu, sedangkan kezaliman BN terhadap Kerajaan PAS (Melayu) Kelantan belum terampun bahkan terus dinafikan HAK seperti isu Royalti Minyak. Lupakah peranan yang dimainkan Dato’ Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) terus tidak berjuang untuk Kerajaan dan Rakyat Kelantan, tidak seperti yang diperjuangkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Lupakah Nik Abduh, kezaliman Kerajaan BN terhadap abangnya, Nik Adli dan lain-lain kawannya yang merengkok di bawah ISA selama beberapa tahun, dipisahkan dari isteri dan anak-anak. Lupakah!! oooh Melayu mudah lupa. PAS dan Pakatan Rakyat terus memperjuangkan menentang ISA sehingga ISA dimansuhkan.

Lupakah Pemimpin PAS terhadap kejatuhan Kerajaan Perak pimpinan PAS jatuh dengan permainan licik Mufti dan para pemimpin Umno/BN. Ustaz Ahmad Awang berhempas pulas mempertahankan setiakawan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Lupakah pemimpin PAS kini dengan Tragedi Memali. Jangan lupa Kezaliman belum terampun.

Berbalik kisah pertemuan Dato’ Hassan Ali dengan Mufti Perak mengenai isu perpaduan atau Kerjasama Umno-PAS. Kalangan Pemimpin PAS termasuk Naib-Naib Presidennya Dato’ Tuan Ibrahim, Salahuddin Ayub dan Dato’ Mahfuz Omar sudah sebulat tekad membuat kenyataan bahawa PAS tidak ada berbincang mengenai Kerjasama Umno-PAS.

Alasan Dato’ Hassan Ali bertemu dengan Mufti tidak boleh diterima oleh pelbagai pihak. Kenapa bertemu Mufti Perak untuk berbincang isu Adat Melayu Negeri Selangor. Sepatutnya bertemu sahaja Mufti Selangor atau pihak-pihak berautoriti di Selangor.

Difahamkan bahawa kerajaan Selangor telah melantik Penasihat Adat-Adat Melayu Negeri Selangor. Berbincang dan bermesyuaratlah sahaja dengan mereka, kerana penasihat ini adalah mereka-mereka yang cerdik-cerdik belaka. Maka bermesyuaratlah dengan mereka, tak perlu jumpa Mufti Perak untuk nak minta nasihat. Apa kata Mufti Selangor pula?

Janganlah sampai Penasihat ini berkata Siapa Yang Bohong pula??

Mungkin (ramalan saya) Penasihatnya ini akan berkata Mufti tidak berbohong tetapi Si anu berbohong.

Ataupun jangan lah sampai Rakyat, penyokong dan ahli akan menghakis kepercayaan yang menyusahkan kepimpinan dan penyokong yang ikhlas berjuang sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: