Saman Ekor: Kerajaan, JPJ langgar keputusan mahkamah?

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera.

“Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi perintah mahkamah tersebut atau tidak.

“Pihak kami juga berkeputusan bahawa jika situasi ini tidak berubah, maka suatu tindakan perundangan lain akan dimulakan bagi membela rakyat yang secara nyata telah ditindas dalam isu ini,” ujarnya. – Harakahdaily

Sementara itu, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha pada 5 Ogos ini bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

“Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

“Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan. – Baca lanjut

4 Respons

  1. inilah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. tengoklah nasib barisan nazak dalam pilihanraya nanti. kalau ramai wakil rakyat meninggal dan pilihanraya akan berlangsung, maka slogan akan bertukar di mana mereka akan jaga kebajikan rakyat. lepas ni blacklist untuk kesalahan dengan pbt pula. wahai wakil rakyat, ambil berat tentang rakyat jangan asyik kawin je pandai.

    • Saya pun tak faham dengan kerajaan bn banyak main betul lepastu menyusahkan rakyat kena saman ekor tapi yang menghairankan saya ada satu saman tu saya tak pernah pergi pun tapi kena saman juga. Kerajaan bn betul………….. menyusahkan rakyat mari kita sama2 tumbangkan mereka untuk PRU ke 13 ni ok….

  2. Ini masalah perundangan dan rakyat. Kenapa Bar Council membisu seribu bahasa? Bukankah ia mempunyai tanggungjawab sosial untuk menegakkan undang2 terutamanya jika ia melibatkan isu sebegini besar? Atau ia hanya mahu menunggu individu2 yang mampu untuk membawa Kerajaan ke mahkamah atas perkara ini atas dasar “case-by-case”?

    Atau kenapa tidak KASE sahaja membawa “class action” terhadap Kerajaan atas perkara ini. Atau semua hanya mahu menunggu pihak luar mentertawakan sistem perundangan kita?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: