Hari Bertemu Mangsa Saman Ekor, 9 Ogos di Menara MPAJ

PAS akan mula mengumpulkan rekod dan maklumat diri penerima saman ekor – yang tidak dapat memperbaharui lesen memandu ekoran disenarai-hitam – sebagai persediaan awal bagi kemungkinan mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan.

Sinra Harian 6 Ogos 2010

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha itu akan dimulakan dalam pertemuan pertamanya dengan mangsa saman ekor dan pemilik kenderaan di Ampang Jaya pada Isnin depan (9 Ogos) dan 10 Ogos di Pusat Khidmat ADUN Paroi, Seremban bagi Negeri Sembilan dan Melaka.

Makluman: Hari Bertemu Mangsa Saman Ekor. Tarikh 9 Ogos 2010, Isnin . Masa 9 Malam. Tempat Dewan Auditorium MPAJ, Tingkat 4, Menara MPAJ. Anjuran Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor – KASE – dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Lembah Jaya,Ampang. Bersama Dato’ Mahfuz dan Penasihat Undang2 KASE dan ADUN Lembah Jaya,Ampang. Semua djemput hadir. SEBARKAN

“Kita minta mangsa membawa dokumen berkaitan, kita daftarkan. Jika kerajaan enggan membenarkan mereka memperbaharui cukai jalan, kita akan ambil tindakan undang-undang.

“Itu kita kena ada rekod,” katanya yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

Semalam, Mahfuz berkata pihaknya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kementerian dalam negeri, termasuk mengadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

Katanya, sekiranya semua usaha tersebut tidak berjaya, KASE boleh menggembleng 1.7 juta penerima saman ekor bagi mengambil tindakan undang-undang kepada agensi kerajaan berkaitan.

Mahfuz menjelaskan dalam kes Lim Yaw Chiang lawan pengarah JPJ pada 2009, mahkaman telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai-hitamkan kenderaan yang tidak membayar saman ekor adalah salah di sisi undang-undang. – Sumber Malaysiakini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: