PERSADA bertemu YBM Ku Li … pertemuan umpama cucu dengan atoknya

KEMASKINI:
Pertemuan Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 9 Ogos 2010/ 28 Syaaban 1431H di Kediaman Tengku, Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur.

Depan Dari Kiri: Azihan, Ali Hanafiah (Presiden Penaja), YBM Ku Li, Zamri, Mat Rozali (Setiausaha), Abd Hadi (Timbalan). Berdiri Belakang dari Kiri: Mohd Arman, Lokman (Peg. Khas Ku Li), Siti Fadhilah, Wan Johari, Alex Ong dan Syukrey. - Foto Mohd Arman

Perbincangan tertutup ini diadakan dalam suasana begitu mesra sekali melibatkan isu-isu sejarah Anak-Anak Kelantan mula berada di Kuala Lumpur, Ekonomi, isu Royalti Minyak Kelantan dan sehingga kepada isu Istana.

Apa kata anggota yang hadir:-
Ali Hanafiah Mohamed: Terima kasih YBM Tengku kerana menerima kunjungan kami dari PERSADA, sesi sembang mesra bersama YBM Tengku memberi inspirasi yang amat bermakna kepada kami…….

Mohd Arman Salleh: banyak cerita lucu Tengku wak tubik, salah satunya bab gertak(jambatan) di Putrajaya yg tadok sungai, takpo kita buat gertak atas darat pahtu kito wak mari air …hadoihhh jeng jeng.

Wan Jo: Apa yang tertarik dari pertemuan itu adalah Kebebasan. kata Ku Li, amba bebas menegur mana-mana pihak, mana yang betul mana yang salah . hatta Menteri sekalipun.,.. Amba tak peduli … Amba tak ada perniagaan yang terikat dengan mana-mana pihak.

Kata Ku Li lagi, ambo tak suka ore (sesiapapun) kecek berlawak (bohong) …. kena beritahu cerita sebenar (merujuk Kenyataan Tok Pa mnegenai FDI). – Sila Klik FB PERSADA

Ambo: Pertemuan ini umpama pertemuan Cucu cicit dengan Atoknya. Ku Li yang sentiasa tersenyum dengan perbualan, tidak lokek berkongsi pengalaman lalu bercerita isu lama dan juga isu terkini… seronok sekali

Satu Respons

  1. semalam melakar satu sejarah baru dlm hidup ambe.. berjupo dgn seorg anok raja yang berjiwa rakyat.. hatinya dekat dengan rakyat kelate dan rakyat malaysia seluruhnya.. orang lama yang teguh dari segi prinsip dan integriti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: