Kerugian MAS: Tubuh Suruhanjaya Diraja Khas siasat siapa dalang

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari mencadangkan supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Khas bagi menyiasat aduan MAS terhadap terhadap Tajudin Ramli serta konco-konconya.

Foto - Harakah

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mencadangkan supaya Suruhnjaya menyiasat aduan MAS terhadap Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara serta PDRM amnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM khasnya.

“Suruhanjaya perlu menyiasat kecurangan SPRM didalam memaklumkan kepada PDRM akan aduan daripada MAS itu dan menyiasat siapa dalang-dalang yang melindungi Tajuddin Ramli dan konco-konconya,” katanya dalam satu kenyataan bertulis di Parlimen hari ini selepas bertemu pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:-

Kenyataan Media
YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Kubang Kerian
19 Ogos 2010/ 9 Ramadhan 1431

KEWIBAWAAN SPRM DIPERTIKAI

(1) Kewibawaan SPRM dipertikaikan atas dua faktor :-
1.1.Mengapa tidak disiasat kemungkinan terdapat elemen rasuah diperingkat Pejabat Peguam Negara dan PDRM sehingga tidak ada lansung pendakwaan terhadap Tajudin Ramli dan konco-konconya walaupun terdapat taklimat dan surat PDRM kepada Perdana Menteri (Abdullah Badawi) yang MENCADANGKAN PENDAKWAAN terhadap mereka ?

1.2.Mengapa apabila pihak MAS mengadu kepada SPRM berkenaan perkara diatas (1.1), SPRM bertindak memaklumkan aduan tersebut kepada pihak PDRM yang merupakan salah satu daripada sasaran aduan tersebut ?

(2) Tindakan SPRM (1.1 dan 1.2) menimbulkan keraguan terhadap dua elemen penting yang perlu dimiliki SPRM dalam misinya membanteras rasuah. Elemen-elemen tersebut adalah :-

2.1.Tahap PROFESSIONALISMA SPRM adalah diperingkat yang amat rendah sekali kerana walau pun terdapat bukti nyata akan cadangan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada Tajudin Ramli dan konco-konconya (melalui taklimat dan surat PDRM kepada Perdana Menteri), TIDAK ADA siasatan SPRM terhadap Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara akan mengapa mereka tidak mengheret Tajudin Ramli dan konco-konconya kemuka pengadilan.

Tidakkah terdapat kemungkinan elemen rasuah sehingga Tajudin Ramli dan konco-konconya tidak dibicarakan ?

Tidakkah ini menimbulkan keraguan di dalam SPRM bahawa Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara TIDAK MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN kepada mereka ?

2.2.SPRM telah mempraktikkan etika yang TIDAK BERAMANAH dengan memanjangkan aduan MAS terhadap Peguam Negara dan PDRM kepada PDRM,yakni salah satu pihak yang dituduh. Etika yang TIDAK BERAMANAH ini adalah sangat keji sekali dan melambangkan kebiadapan tamadun kakitangan dan organisasi SPRM.

(3) Daripada Perkara 1.1.dan 1.2 diatas adalah jelas bahawa SPRM TIDAK BOLEH diharapkan dalam misi nasional untuk menghapuskan rasuah. Malah kejadian sedih dan malang ini dengan jelas menunjukkan bahawa Akta SPRM harus dirombak semula agar SPRM diletakkan dibawah PENGAWASAN Parlimen secara total dan kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM dalam kes – kes rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

(4) Daripada Perkara 1.1. dan 1.2 diatas adalah juga jelas bahawa kredibiliti Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara serta PDRM amnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM khasnya DIRAGUI dan BOLEH dipersoalkan.

(5) Berdasarkan faktor-faktor diatas adalah munasabah ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja khas bagi :-
5.1.Menyiasat aduan MAS terhadap terhadap Tajudin Ramli serta konco-konconya.
5.2.Menyiasat aduan MAS terhadap Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara serta PDRM amnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM khasnya.
5.3.Menyiasat kecurangan SPRM didalam memaklumkan kepada PDRM akan aduan daripada MAS itu.
5.4. Menyiasat siapa dalang-dalang yang melindungi Tajuddin Ramli dan konco-konconya.

Sekian terima kasih.
Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: