Menentang Penggunaan Dinar/Dirham adalah jahil ekonomi

oleh Muda Mohd Noor FreeMalaysiaToday
Mereka yang menentang penggunaan dinar emas dan dirham yang diperkenalkan kerajaan Kelantan adalah jahil ekonomi, kata Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau juga menegaskan penggunaan dinar emas dan dirham bukan sahaja untuk kepentingan rakyat Kelantan tetapi juga rakyat Malaysia.

“Jika urusniaga mata wang ditentukan pasaran tetapi menggunakan dinar emas dan dirham ia meningkat sepanjang masa,’ katanya berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Kelantanyang tinggal di Lembah Kelang di Kuala Lumpur malam tadi.

Hadir sama ialah bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan kira-kira 200 rakyat Kelantan.

Penggunaan dinar emas dan dirham telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 14 Ogos lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan dinar emas Kelantan melanggar peraturan Bank Negara Malaysia jika dijadikan mata wang .

Husam menyangkal dinar emas adalah mata wang . Ia hanyalah sebahagian daripada sistem barter iaitu sistem pertukaran barang yang lebih Islamik. Sistem mata wang konvensional tidak Islamik kerana mudah dimanipulasi dan terjebak dengan riba.

“Di pasar Siti Khatijah (Kota Baru) peniaga kini menggunakan dinar emas dan dirham serta juga wang ringgit,” katanya.

Kerana yakin dengan potensi tersebut, Husam mengajak rakyat Kelantan khususnya separuh simpanan wang mereka dengan membeli dinar dan dirham.

“Separuh simpanan membeli dinar emas dan dirham manakala separuh lagi simpan dalam bank dan kita tengok dinar atau simpanan bank yang lebih untung,” katanya.

Di majlis itu, Husam juga meminta rakyat Kelantan di Lembah Kelang yang balik ke kampung supaya membayar zakat menggunakan dinar emas.

Tengku Razaleigh di dalam ucapannya turut menyokong penggunaaan dinar emas yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan,

Bagaimanapun, katanya, satu penerangan perlu diadakan supaya orang tidak keliru kerana urusniaga di Malaysia menggunakan ringgit.

Beliau berkata, mata wang hanya boleh dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan pihak lain tidak boleh berbuat demikian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: