Berbuka Puasa atas linangan airmata Ibu Tunggal, OKU dan Orang Miskin

VIP mungkin berbuka puasa atas linangan air mata ibu-ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin, jawablah nanti di Padang Mahsyar

oleh Pemerhati UKM

Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Masjid UKM yang menyusuli program KPWKM di Dewan Tun Canselor (DECTAR) UKM mungkin menyaksikan Perdana Menteri (dijangka hadir) Menteri dan VIP berbuka puasa atas linangan air mata ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin yang KPWKM diamanahkan membela dan menyampaikan bantuan terus kepada mereka.

Gambar 1: Begitu besar belanja untuk khemah dan tempat duduk, belum lagi masuk belanja makanan berbuka puasa sedangkan setiap suap nasi dan lauk itu VIP tidak berhak menjamahnya.

Gambar 2: Panjangnya khemah ini dan ada khemah lain di belakang, bayangkan berapa jumlah perbelanjaan berbuka puasa, tapi ini semua di atas linangan air mata ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin yang sepatutnya dibantu terus oleh KPWKM.  Perhatikan juga disediakan lantai khas dari papan dan dibalut karpet merah (yakni berbuka puasa bukan berpijak di atas asphalt parkir).  Bagi penulis inilah kali pertama melihat lantai parkir di bawah khemah jamuan dialas lantai dan karpet.

Gambar 3: Laman parkir Masjid UKM hanyalah tempat berbuka puasa.  Program adalah anjuran KPWKM diadakan di Dewan Tun Canselor Abdul Razak (DECTAR) UKM yang khabarnya persediaan juga melibatkan belanja yang besar untuk lighting dan sebagainya.

Kalau mahu dianjurkan juga majlis ini eloklah tanpa menggunakan wang kerajaan (iaitu rakyat).  Majlis yang khabarnya akan dirasmikan oleh PM di DECTAR UKM dan kemudiannya berbuka di bawah khemah khas yang begitu “elaborate” (besar belanja persediaannya) di laman parkir Masjid UKM, eloklah terlebih dahulu diumumkan kepada yang bakal hadir untuk memohon sumbangan.  Dengan ini tiada satu sen pun duit kerajaan di bawah KPWKM (iaitu makanan buka puasa) yang sepatutnya sampai terus (ke rongga mulut) golongan ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin menjadi hidangan buka puasa VIP yang tidak layak mendapat sumbangan KPWKM.  Untuk laksanakan majlis ini, umpamanya PM beri sumbangan RM5,000, menteri KPWKM sumbangkan RM3,000 dan seterusnya VIP sehingga cukup perbelanjaan tanpa satu sen dari duit kerajaan.

Jawablah nanti di Padang Mahsyar kenapa wang ringgit ini dibelanjakan untuk menjamu buka puasa VIP yang tidak layak menerima sumbangan.  Tidak pasti pula anak yatim dan OKU dijemput sama.  Jikapun dijemput, PM, Menteri dan VIP tidak berhak menjamah makanan itu.  Dalam setiap suapan buka puasa itu terdapat hak orang lain, itu hak golongan ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin yang perlu dibantu oleh KPWKM.

Khabarnya persediaan (belanja) di DECTAR tidak kurang mahalnya.  Mengapa perlu membazir sedangkan penjimatan dari program ini dapat disalurkan terus kepada yang memerlukan.

Inilah pentingnya sikap TAQWA pada pemimpin dan pembuat keputusan.  Pemimpin yang bertaqwa akan berfikir pada malam hari bolehkah tidur nyenyak rakyatku yang sepatut Kementerianku bantu.  Bolehkah mereka ada cukup makanan berbuka puasa?  Bolehkah mereka ada cukup makanan bersahur?

Hentikanlah pembaziran dan hapuskanlah kebocoran.  TAQWA memimpin semua.

Foto diambil pada pagi Rabu 15 Ramadhan 1431/ 25 Ogos 2010 Bangi

Satu Respons

  1. terawikh mlm tu terus susah nak parking =.= mlm ke tiga lepas tu pun tak habis bukak khemah lg.. thanks vvvvvip

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: