PERSADA sokong Kerajaan Negeri tuntut Hak Royalti Petroleum

Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persada) menyokong penuh tindakan kerajaan negeri memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti Petroleum Kelantan yang dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari Kiri: Wan Johari (Penasihat), Ali Hanafiah Mohamad (Presiden), Razali Mat Ail (Setiausaha Agung) dan Zainuha Azhari (BendaharI) - Foto Nik A. Farez's Photos

Presidennya, Ali Hanafiah Mohammad berkata, Persada sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat negeri itu tanpa ada sentimen politik.

“Kami sebagai rakyat Kelantan menyokong kerajaan negeri membuat tuntutan royalti tanpa sentimen politik sebab kita tengok dari segi penjelasan, dari segi fakta memang Kelantan berhak dari segi royalti,” kata Ali yang hadir bersama kira-kira 50 ahli Persada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Beliau berkata, meskipun berada jauh di perantauan, majoritinya di Lembah Klang, namun mereka tetap mengikuti perkembangan negeri Kelantan terutamanya melibatkan isu rakyat negeri itu yang tidak terbela.

“Ahli Persada sebagai rakyat Kelantan walaupun berada di perantauan, kami berasa bertanggungjawab untuk mengikuti perkembangan negeri kami dan turun memberikan sokongan dalam segala tindakan yang membela rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau juga berkata, Persada juga mahu kerajaan negeri meneruskan usaha rundingan dengan Kerajaan Persekutuan agar mereka mengembalikan hak rakyat Kelantan dalam pemberian royalti yang dinafikan sejak tahun 2004.

“Walau bagaimanapun di samping tuntutan saman oleh menteri besar, kita juga minta kerajaan negeri menggunakan saluran-saluran yang ada untuk perbincangan dengan kerajaan pusat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini. Sumber Harakahdaily

Satu Respons

  1. Salam,
    1.Kita tunggula keputusan….Petronas ada hujah….PAS ada hujah…

    2.Cuma kalau kalah kena terima hakikatnya…bukan mahkamah hanya betul bila puak kita menang…

    adibeta,
    kubang kerian,kel

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: