PERSADA ziarah keluarga Mangsa Bunuh

Setiausaha Agung PERSADA, Razali Mat Ail, Bendahari, Zainuha Azhari dan ahli Jawatankuasa, Ustaz Mawaridi Abdullah menyampaikan sumbangan kepada Suami mangsa bunuh di rumah Ibubapa Mangsa, di Kg Pulau Kerbau, Kg Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan.

Bertanya khabar kepada bapa mangsa bunuh

Sebelum ini dfahamkan Tok Guru Menteri Besar telah menziarahi keluarga Mangsa pada 5 september lalu.

PORT DICKSON 3 Sept. – Seorang ustazah dan anak lelakinya ditemui mati dibunuh dengan kaki dan tangan terikat serta kepala mangsa dibalut kain sarung dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Sutera Lama berhampiran Pasar Besar di sini pagi ini.

Dua beranak malang yang dibunuh kejam itu ialah Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10.

Mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dan berasal dari Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Kelantan.

Ketika kejadian, dia hanya tinggal bersama anak lelakinya kerana suaminya menguruskan perniagaan di Kaherah, Mesir.

Ketua Polis daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, mayat kedua-dua beranak itu ditemui rakan sekerjanya yang datang ke rumah pada pukul 10 pagi ini.

“Polis percaya kejadian itu berlaku antara pukul 4 hingga 5 petang semalam berdasarkan keadaan mayat yang sudah mula lebam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat dua beranak ini ditemui dalam keadaan terlentang manakala kaki dan tangan mereka terikat.

“Kepala mangsa turut dibalut dengan kain sarung,” katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian hari ini.

Baljeet berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, tiada kesan umpil ditemui pada pintu rumah mangsa malah ia terkunci rapat.

“Polis masih menyiasat punca sebenar pembunuhan ini dan sedang mencari bukti tinggalan penjenayah yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Menurut beliau, tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh kedua-dua mangsa namun pihaknya menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Baljeet memberitahu, rakan sekolah mangsa mengesyaki sesuatu berlaku terhadap dua beranak itu selepas mereka tidak hadir ke sekolah hari ini.

“Mangsa gagal dihubungi oleh rakannya sejak semalam. Dua beranak itu merupakan guru dan pelajar di sekolah yang sama,” katanya. – Utusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: