Jangan kecoh Negeri sudahlah ….

Foto Utusan

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra berkata melalui peguamnya hari ini bahawa baginda akan mencabar pertabalan pemangku raja sebagai sultan yang baru – di tengah-tengah laporan bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung esok.

Menurut kenyataan media oleh peguam Rashid Zulkifli – yang menyatakan firma guamannya bertindak bagi pihak Tuanku Ismail Petra – baginda sultan telah memfailkan dua petisyen di Mahkamah Persekutuan.

Rashid berkata, mahkamah telah diminta untuk menentukan tahap kuasa pemangku raja sewaktu baginda sultan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.

Utusan Malaysia melaporkan Jumaat lalu dengan memetik sumber bahawa Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru, untuk menggantikan ayahandanya, yang sudah lebih setahun gering.

Rashid juga mengatakan bahawa pemangku raja Tengku Muhammad Faris sedang merancang untuk meminda perlembagaan negeri supaya baginda sultan tidak lagi menjadi pemerintah jika tetap tidak mampu menjalankan tugas, untuk jangka waktu lebih daripada satu tahun. – Malaysiakini

SEMENTARA ITU, Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, boleh dilantik sebagai sultan yang baru – di tengah-tengah laporan yang menyebut kemungkinan istiadat permasyhuran itu akan berlangsung esok.

Abdul Aziz, yang banyak menulis mengenai kesultanan dan perlembagaan negara, berkata permasyhuran itu harus dilakukan oleh Majlis Perajaan, yang diberi tugas tersebut dalam perlembagaan Kelantan.

Menurut Abdul Aziz, majlis tersebut sama seperti Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa yang sama untuk melantik dan memecat Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, prinsip Islam serta pertimbangan perlembagaan berat kepada pelantikan sultan yang baru ketika sultan masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas perlembagaan baginda.

Bagaimanapun, beliau menyuara keprihatinnya berhubung berita mengenai permasyhuran tersebut, yang disifatkannya sebagai ‘agak misteri’.

“Prosesnya harus terbuka dan telus,” katanya. Baca di sini (Pemasyhuran jadi tandatanya), lagi di sini (Majlis Pemasyhuran)

Jumaat lalu, Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang sudah setahun gering.

Laporan itu menyebut bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung di Istana Balai Istana Besar mulai jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu mengenai istiadat permasyhuran tersebut, kerana tidak menerima surat rasmi dari pihak istana mengenai hal itu.

Manakala pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi oleh Bernama semalam, enggan mengulas tentang perkara itu. – Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: