Pembunuh Norliza dihadapkan ke Mahkamah hari ini

Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh dua beranak itu.

Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lalu.

Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Majistret M Mageshwary, kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tertuduh diwakili peguam John Fernandez. – Bernama

Gambar bawah – Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) mengunjungi Keluarga mangsa (Ibubapa dan suami) bunuh di rumah ibubapa mangsa Kg Pulau Kerbau, Kg Laut, Kelantan.

Dari kiri: Ustaz Mawaridi (AJK), Wan Johari (Penasihat), Razali Mat Ail (Setiausaha), Zainuha (Bendahari), Bapa Ustazah Norliza (Pak Hak)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: