Allahyarham M Rajoli dalam kenangan

M Rajoli dalam kenangan

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ melaporkan dalam FBnya:
Alhamdulillah baru selesai solat jenazah Allahyarham M.Rajoli diimamkan oleh anak bongsu arwah alHafiz Ust Arif.  Jelas dan meyakinkan bacaan doa yang dibacakan. Beruntung arwah dapat anak yang Soleh. Moga roh arwah dtempatkan bersama orang2 yang soleh. (diedit)

Sebelum itu, kami dalam Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) ada membincangkan untuk menziarahinya, cuma waktu belum ditetapkan sebab masing-masing Ahli Jawatankuasa sibuk dengan tugasan.

Bagaimanapun bagi pihak Jawatankuasa mengucapkan Takziah keatas keluarga “SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH”. Amiin – ALFATIHAH

Terdahulu
Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit lymphoma ataupun barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, sebelum Zohor esok.

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: