Kelantan 1 – 0 PKNS, kekecewaan ditebus

Sebagai peminat bolasepak Kelantan, nak rakamkan juga kemenangan Kelantan keatas PKNS dalam Pusingan Awal Piala Malaysia malam tadi di Stadium MBPJ.

Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada Penjaga gol Kelantan, Syed Adney yang menyelamatkan tendangan penalti pada saat akhir perlawanan.

Malam tadi, wakil kita di Stadium melaporkan kedudukan 1-0, kemudian tendangan penalti ditampan penjaga gol. setelah perlawanan tamat. Barulah sah kelantan menang 1-0 dan tendangan penalti dapat diselamatkan Syed Adney.

Apapun jangan pandang rendah kekuatan dan kelebihan pihak lawan.

Terubat juga kekecewaan semasa menyaksikan kekalahan 1-0 kepada Negeri Sembilan dengan tendangan penalti di Kota Bharu pada 14 September lalu.

NS hampir menjilat jari Seri 1-1 dengan KL Plus
Jaringan penyamaan ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya menyelamatkan juara bertahan, Negeri Sembilan daripada tersungkur di laman sendiri dalam perlawanan Kumpulan A saingan bola sepak Piala Malaysia, semalam.

Bekas pemain negara itu menyamakan jaringan Irwan Fadly Idrus sekali gus mengikat keputusan 1-1 dan mengecewakan KL PLUS yang mendahului pada minit ke-36 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban, semalam.

Naib juara 2009, Kelantan pula kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua kumpulan yang sama, setelah menghampakan PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli di Stadium Petaling Jaya.

Namun, perhatian besar persaingan semalam kembali terarah ke aksi Kumpulan D di mana juara 2005, Selangor yang berpesta jaringan apabila membelasah Felda United 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Gol Merah Kuning dijaringkan oleh Safiq Rahim, D. Surendren, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal sekali gus meletakkan juara Liga Super 2010 itu kukuh menerajui Kumpulan D dengan kemenangan kedua berturut-turut.

Tidak ketinggalan berkenduri gol ialah T-Team yang membelasah Perlis 4-0 dengan jaringan hatrik Haris Safwan Kamal pada minit ke-23, 45 dan 86 di samping Rosdi Muda (67) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol Baddrol Bakhtiar memimpin bekas juara dua musim berturut-turut, Kedah memungut kemenangan sulung mereka di Stadium Darulaman, Alor Setar apabila menewaskan Perak 2-0.

Perlawanan Pahang dengan Kuala Lumpur pula terpaksa ditangguhkan berikutan lampu limpah di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang tidak dapat berfungsi.

Keputusan Penuh
Kumpulan A: NS 1 – 1 KL PLUS; PKNS 0 – 1 Kelantan
Kumpulan B: Pahang – KL (ditangguh); Sabah 2 – 2 Terengganu
Kumpulan C: Kedah 2 – 0 Perak; Tentera 1 – 1 Johor FC
Kumpulan D: T-Team 4 – 0 Perlis; Felda United 1 – 4 Selangor

Satu Respons

  1. kelate kalah bagus!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: