Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR): Semoga Anakku Faiz dan kawan2 tenang dan dipermudahkan

KEMASKINI:
Seramai 494,493 murid menduduki UPSR bermula hari ini hingga 23 September ini di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan semalam berkata daripada jumlah itu 373,190 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan, 96,166 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 16,965 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Selebihnya adalah calon dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Melayu seramai 8,163 dan 9 orang dari Sekolah Swasta Pengantar Bahasa Cina.

Menurut kenyataan itu, peperiksaan akan diadakan di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara yang melibatkan 47,768 petugas peperiksaan.

TERDAHULU
Pagi Selasa 11 Syawal 1431, bersamaan dengan 21 September 2010, anak keempat saya, Wan Muhammad Faiz dan kawan-kawannya di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu (SKWB) akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama ratusan ribu pelajar yang lain sehingga 23 September 2010.

Menimba ilmu dari Guru, Restu dan Doa dari Ibu dan Bapa akan mengiringi perjuangan langkah pertama anak-anak ke mercu kejayaan!

Harapan Abah semoga Faiz dan kawan-kawan semua sudah bersedia untuk menghadapi ujian ini. Hilangkan rasa gementar, takut dan tidak yakin dalam diri. Berkatalah pada diri anda, bahawa Faiz dan kawan-kawan juga boleh melakukan yang terbaik sepertimana orang lain. Yakinlah pada diri sendiri.

Mulakan langkah dengan doa, kemudian berusahalah untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya dalam ujian nanti sebaik mungkin. Seterusnya berikhtiarlah untuk mendapat markah yang terbaik iaitu “A”. Selebihnya bertawakallah (berserah) kepada Allah SWT.

Ketika menjawab soalan, baca arahan dengan teliti. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang susah. Berusaha untuk menjawab kesemua soalan yang ditanya. Apabila selesai menjawab, semak kembali berulang kali. Jangan membazir masa. Gunakan masa yang diberi sebaik mungkin.

Semoga keberkatan dan kekuatan Ramadhan dan kemenangan Syawal memberikan mereka kecekalan menghadapi peperiksaan tersebut. Kita para ibubapa dan sahabat handai, sekadar berusaha memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran dan marilah kita berdoa untuk kejayaan mereka:

“Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagiMu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR ini, terangkanlah hati mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal ‘aalamin”. 

SEMOGA BERJAYA memperolehi 5A.  – Wassalam, Wan Mohd Johari. 10 Syawal 1431/ 20 September 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: