Munajat Royalti: Haji Zulaimi tempelak ‘kaki penipu dan pembelit’

“YB zulnordin. Hang tak payah dok komenlah usaha aku nak buat utk negeri aku. Aku jauh bukan mcm hang. Duit org sumbang utk pilihanraya hang sapu kat hang. Hang pi Dubai kutip duit utk org miskin d KBB berapa byk tak tahu tapi berapa yg hang serah. Gaji pekerja pusat khidmat hang tak bayar sampai kereta depa kena tarik. Hutang aku buat profile hang masa pilihan raya dulu hang tak bayar satu senpun. Satu lagi tok guru tu kalau nak pi belanja sendiri pun tak apa depa bkn tak pernah pi pun tapi hang jangan pikit kepala otak dia orang mcm hang kaki penipu dan pembelit.” – sms Hj Zulaimi kepada kami mengulas berita di bawah ini:

Berita Utusan: ‘Lebih baik minta Allah berkati kita’
Perancangan Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang memerlukan RM400,000 bagi mengadakan solat hajat di Masjidil Haram, Mekah berhubung isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan daripada Petronas adalah sesuatu yang mengejutkan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jumlah itu adalah terlalu besar sehingga boleh menyediakan rumah buat 15 keluarga fakir miskin yang bernilai RM15,000 sebuah.

Katanya, sekiranya jumlah itu digunakan untuk menaja fakir miskin mengerjakan ibadat haji pula, kira-kira 45 individu dari golongan itu boleh menyelesaikan tanggungjawab Rukun Islam masing-masing.

“Kalau difikirkan kembali, agaknya ada hikmah Allah tidak beri royalti ni (kepada Kelantan). Tahu sajalah, bab duit ni jangankan ustaz, adik-beradik pun sanggup berbunuh, yop.

“Bagi saya, daripada menghabiskan dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya Allah berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita,” tulisnya dalam entri terbaru blognya berjudul Bior betoi yop! semalam.

Zuklkifli merujuk laporan portal propembangkang, Malaysiakini yang menyebut tentang usaha kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang sedang menyediakan RM400,000 bagi membawa 40 ulama serta guru agama pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Usaha itu dibuat menerusi Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang diketuai Md. Zulaimi Kazin.

Md. Zulaimi Kazin seperti dipetik Malaysiakini berkata, jumlah RM400,000 itu adalah bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi kesemua ulama dan guru agama tersebut.

Katanya, pihaknya sedang mengedar dan menjual ‘kupon penajaan rakyat’ kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai tanda sokongan kepada usaha itu.

Kerajaan Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti hasil minyak dan gas di perairannya.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya Pas negeri bertindak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu. – Utusan Malaysia 23 September 2010

Satu Respons

  1. Apo la bodo zulsardin tuh. Haji utk hok mampu jah. Wi ko fakir miskin gi Haji wat gapo. Lepah wat Haji balik sini miskin supo tulo jah. Baik wi wat nego. Buleh bekki idup demo tu sikit-sikit. Idea supo budok dok skoloh. Otok plawok cap sardin, kecek mace biso tapi bodo. Kecek tok keno tepak.

    Baik dio suruh ore-ore BN wi duit hok bazir juto-juto tu basmi kemiskine, baru jolo. RM400,000 ni dari derma, buke kjaan negeri wi. Sukati la ore nok wi derma utk tujuan gapo pon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: