Umno kalah kepada PAS, Melayu tidak hilang kuasa

Tun Dr M bimbang Melayu Hilang Kuasa, sebenarnya bukan ‘Melayu Hilang Kuasa’ tapi Umno akan hilang kuasa. Kenapa Umno dan BN kalah Melayu akan hilang kuasa, tidak masuk akal. Jika Umno kalah sekalipun PAS yang akan menang. PAS sudah pasti orang Melayu dan berjuang Islam.

Atau Tun Dr M sudah lupa bahawa Orang PAS itu orang jenis apa. Memang Tun Dr M sudah termasuk antara Orang Melayu yang sudah lupa. Tun ingat Umno saja yang Melayu. Silap Tun, saya juga Melayu tapi saya daripada kecil lagi tidak berminat dengan Umno kerana apa, kerana Umno bersikap ‘tidak adil’ kepada bangsanya sendiri. Umno memilih-milih bulu, memilih orang-orang di keliling mereka bukan membantu kepada orang-orang yang benar-benar layak. Banyak lagi …. cukuplah peluang 50 tahun diberi kepada Umno/BN.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.”Utusan

Kenapa Umno kalah. Jawapannya mudah kerana Umno tidak lagi berjuang untuk orang Melayu. Orang Melayu tiada keyakinan lagi dengan Umno/BN. Kenapa jadi demikian. Jawapannya mudah, Orang Melayu sudah meluat dengan pemimpin Umno yang asyik berjuang untuk kroninya semata-mata bukan untuk Orang Melayu.

“Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan,” kata Dato’ Seri Mohamad Nizar menerusi twitternya yang disiarkan dalam Malaysiakini.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.

Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nuzul Izzah Anwar pula mencabar Mahathir untuk berdebat berikutan dakwaannya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan ‘Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat’, saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya ‘kebimbangan’ Melayu – yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat – yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta?” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan akhbar.

Bagi Nurul Izzah, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan adalah sebahagian daripada usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara. – Lapor Malaysiakini

Tun Dr M jangka Umno/ BN akan kalah pada Pilihanraya Umum ke 13
“Tun Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar untuk kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.

“Kenyataan Tun Mahthir itu hanyalah kenyataan politik lama bertujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Beliau juga berkata, berkemungkinan besar Umno sudah tidak relevan dan ditolak oleh seluruh rakyat dan hilang sumber pendapatan daripada kroni-kroni mereka.

“Kita tahu selama ini pemimpin-pemimpin Umno memperoleh duit dari pengusaha-pengusaha kilang dan syarikat-syarikat kroni mereka untuk menjana kewangan parti mereka. Jika umno jadi pembangkang selepas ini maka tiada siapa yang sanggup beri duit pada Umno,” katanya. – Harakahdaily

Ini jelas dapat dilihat dengan penubuhan PERKASA yang diterajui oleh Bapa Lompat, Dato’ Ibrahim Ali yang kini mati-mati mengatakan Umno sudah hilang arah memperjuangkan nasib orang Melayu. Penubuhan PERKASA jelas tidak direstui pemimpin Umno. Nampaknya kini PERKASA cuba ambilalih peranan Umno.

2 Respons

  1. m’yu kelantan dah lam hilang kuasa sbb MB kelantan skrg tak mengaku m’yu…so betul la kenyataan m’yu kelantan dah hilang kuasa (kalau Mb kelantan ni dah bukan m’yu rasanya elok bubarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat M’yu Kelantan (MAIK), tinggalkan jadi Majlis Agama Islam sajala.

  2. Pembetulan:
    1. “tak bangga jadi bangsa Melayu” tak sama dengan maksud “tak mengaku m’yu”.
    2. bukan melayu kelantan dah lama hilang kuasa, tapi UMNGOK kelantan dah lama hilang kuasa.

    Kalu tok pehe tok payoh kecek, napok sangat demo bodo. Nik Aziz lebih pentingkan Islam dari Melayu. Ape ko ingat dalam kubur esok, ade tanye ko bangsa ape ke?

    Nik Aziz tak bangga jadi bangsa melayu bukan bermakna dia tak suka jadi Melayu. Tapi dia lebih bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Ape ko ingat ko bleh pilih nak jadi bangsa dan agama apa masa ko nak dilahirkan?

    Aku bersyukur lahir sebagai seorang Islam. Kalau ko Islam, cuba ko bayangkan kalau di tentukan kau dilahirkan bukan sebagai Islam, camner? Tak takut ke? Aku tak kisah lahir sbagai bangsa ape pon, yang penting Islam. Subhanallah.

    Perpaduan Melayu (Bangsa) boleh bawa ko sampai ke mana? Perpaduan berteraskan Islam dari dunia ke akhirat.

    Firman-Nya, maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: