Melayu Tidak Sedar: Usaha 22 tahun jadi PM

Hujah Dr M:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih dengan keadaan orang Melayu kerana mereka tidak sedar mengenai ancaman yang dihadapi pada masa kini.

Dr Mahathir berkata, jika sebelum ini Tunku Abdul Rahman menentukan supaya rakyat Malaysia ini yang majoriti 60 peratus lebih terdiri orang Melayu, tetapi kini orang Melayu sudah berpecah.

“Hari ini orang Melayu sudah berpecah kepada tiga puak. Dan, tak ada satu puak yang boleh mengatasi ataupun mempunyai jumlah peratusan Melayu yang boleh memberi kemenangan kepada kaum Melayu.

“Sebab orang Melayu berpecah sekarang ini adalah disebabkan kerana ada yang gila…gila nak jadi Perdana Menteri. Tak peduli apa pun…dia sokong semua. Semua yang bercorak perkauman di kalangan kaum lain, dia sanggup terima dan sokong,” katanya ketika berucap pada majlis Jemputan Terbuka Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan dengan tema ‘Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Malaysia’ di pekarangan Stesen Kereta api Pasir Mas, di sini, semalam.

Lebih 10,000 hadir pada majlis perhimpunan tersebut termasuklah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Hussin Ahmad, Tan Sri Aziz Shamsudin, serta pemimpin Perkasa di peringkat pusat dan negeri. – Sinar Harian

Dia lupa, ini adalah hasil usahanya semasa jadi PM 22 tahun. Dia sedih dan menyesal, dan cuba nak menyalahkan orang Melayu, Pemimpin Melayu. Program yang dianjurkan PERKASA INI lebih ditumpukan untuk Dr M menjawab isu yang dibangkitkan oleh Menteri Di JPM, Datuk Nazri Aziz.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

“Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.

“Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini,” katanya hari ini.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini. –Utusan

Dari segi angka kehadiran 10,000 orang atau 20,000 orang yang dilaporkan oleh Utusan adalah angka yang tidak munasabah kerana tempat diadakan program adalah tempat yang begitu sempit. Saya anggarkan sekitar 1500 orang jer yang hadir. Jika 2,000 yang hadir pun nasib Umno tetap tidak berubah juga.

Bukan Kuasa Melayu yang hilang tetapi Kuasa Umno yang hilang lenyap.

3 Respons

  1. Guan Eng menuduh orang lain munafik,walhal beliaulah munafik yang sebenarnya.Ciri ciri munafik jelas terserlah dalam setiap tingkah laku beliau.

    Pisau kata “bohong banyak bohong sikit ,bohong jugak maa.. ”

    (7) Comments Comments:
    7 Responses to “Guan Eng: Pembohong Besar Tetap Belit”
    Anonymous on 26/9/10 8:17 PM #
    Sumbangan tu adalah Wang pengeras sebab kelab lumba kuda Pulau Pinang nak buat race course baru!

    Anonymous on 26/9/10 8:53 PM #
    Syabas Pisau, teruskan merodok tembolok pembohongan LGE ultrachauvinist kiasu..Harapan kami , suatu hari nanti , dengan “ketajaman” mata Pisau anda mampu memutuskan lidah berbelit sesumpah paling celaka di Pulau Pening ini..Bravo!

    _Anti DAP dan PKR_

    Anonymous on 26/9/10 8:53 PM #
    Bohong sikit – sunat
    Bohong banyak – haram

    he he he

    siakap senohong
    gelama ikan duri
    cakap bohong
    lama-lama jadi pencuri.

    mari siasat.

    woodball10 on 26/9/10 9:48 PM #
    dalam berita tv3, lgm kata dia tak tau lumba kuda tu judi, hehehe tentu dia dah rujuk dengan ulama pas, zaman nabi pun naik kuda

    Melanau Blogger on 26/9/10 10:10 PM #
    bohong sunat, bersunat dulu baru boleh berbohong hahaha
    senaman lidah agaknya, biar putar belit bertambah lancar.

    Anonymous on 26/9/10 10:28 PM #
    apa kata pas dlm hal nie…?

    Anonymous on 26/9/10 10:38 PM #
    orang kafir yang munafik? Amende ni……????????????

  2. Dalam suasana negara yang kian terancam maka timbul pula berbagai kerenah hinggakan Melayu pun dah tak mahu digelar Melayu , perjuangan Melayu pun tak jadi Melayu dan Melayu sesama Melayu saling mencaci. Masjid Melayu pun Cina boleh naik sekali. Bekas Perdana Menteri pun dah dikeji. Maka apa Melayu nak jadi. Besarkah kuasa politik Melayu kini. Harap-harap jangan tegadai bodi…indah kata semua tak jadi.

  3. Sdr, betu la sekali apa sdr kata, Mahathir kutuk UMNO dan orang umno juga bertepuk tangan…ini yang Hj Soberi Shafie tak faham..maca,m mana ahli umno bersorak tepuk tangan bila mahathir bantai umno dan nazri aziz biak pi depa bergocoh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: