Meninjau Persiapan Jentera DUN Wakaf Bharu hadapi PRU 13

Bila saya datang ke sesuatu majlis dengan berkamera, ramai samada kawan atau sahabat atau pemimpin mahu gambarnya di rakamkan untuk disiarkan di mana-mana media. Maka ini antara yang saya sempat rakamkan di suatu Majlis Cakno Rakyat DUN Wakaf Bharu pada 25 September 2010. Maaf kerana tidak dapat merakamkan keseluruhan program tersebut.

Mampukah DUN Wakaf Bharu dipertahankan PAS, jadi persoalan?
Serba kemungkinan itu ada, kalah menang adat berlawan atau bertanding. Kekuatan ADUN kini, YB Che Abdullah Mat Nawi yang juga Exco Kerajaan Kelantan pun perlu diambilkira disamping kekuatan Jentera Pilihanrayanya bekerja kearah kemenangan.

Di sini kita tidak akan mengeluarkan fakta-fakta supaya YB atau jentera pilihanraya berfikir sendiri kekuatan mereka supaya peristiwa lalu semasa kekalahan PAS tidak berulang pada tahun 2004.

Olehitu YB dan jentera yang ada, fikir-fikirkanlah saki baki langkah-langkah yang ada untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang. KIta tidak mahu negeri lain atau kawasan lain dapat ditawan PAS, tiba-tiba DUN Wakaf Bharu terlepas kepada lawan.

Dengan majlis Cakno Rakyat DUN Wakaf Bharu, di Padang Puteri Saadong, Wakaf Bharu (25 September 2010) yang dirasmikan oleh Anngota Exco, Mej (B) Md Anizam Abd Rahman dimulakan seawal pagi hingga 12.00 tengahmalam tadi yang ditutup juga Anggota Exco, Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah boleh menjadi pengalaman yang berguna untuk masa depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: