MISI MUNAJAT ROYALTI 40 ULAMA: JAWAPAN TERHADAP ULAMA MUDA UMNO

Kenyataan Media Pengerusi Bersama JK Munajat Royalti Rakyat Kelantan Peringkat Selangor dan Kuala Lumpur

MISI MUNAJAT ROYALTI 40 ULAMA: JAWAPAN TERHADAP ULAMA MUDA UMNO MENGENAI ARTIKELNYA DI MALAYSIAKINI

1 Memandangkan Nabi SAW ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di masjidil haram dan masjid nabawi, pihak kami menghantar seramai 40 orang Ulamak-Ulamak Kelantan untuk bermunajat di sana, agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan.

2. Kami melihat, tindakan kami ini tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan kami ini. tidak sepertimana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh UMNO, lalu didiamkan oleh Ulama Muda UMNO.

3. Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. ia tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan.

4. Keadaan ini tidak sama seperti tindakan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO, mengambil dana kerajaan untuk membayar kepada syarikat Yahudi, APCO sebanyak RM 77 juta setahun.

5. Diharapkan ulama muda UMNO kembali kepada niat asal mereka menyertai UMNO seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki UMNO, dan mahu menjadi penegur UMNO. Bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci UMNO dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan UMNO.

6. Dimaklumkan satu Majlis Munajat Royalti Rakyat Kelantan di Selangor dan Kuala Lumpur akan diadakan di Selangor (tempat akan dimaklumkan kemudian) pada 28 November 2010 sebelum Misi ini bertolak ke Mekah.

Sekian

Pengerusi Bersama
JK Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan di Selangor dan Kuala Lumpur

Wan Mohd Johari b Wan Omar
Penasihat JK Penaja
Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)

Haji Md Zulaimi bin Kazin
Pengerusi JK
Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan

Satu Respons

  1. Kalaulah doa orang bukan Islam yang mazlum pun Allah SWT dengar dan memakbulkannya walaupun pelaku kezaliman itu orang Islam sendiri. Yang ini, Sekretariat ILMU UMNO kena ingat sebab mesti dah belajar kat Madinah dan Jordan dulu.

    Berkaitan penetapan angka, masa dan tempat dalam doa adalah salah itu rasanya bab ini mereka mengaji tak habis. memang salah menetapkan bilangan dan angka pada wirid tertentu atau yang telah ditetapkan bilangannya oleh syarak seperti bacaan subahanallah 33X dll selepas solat. tapi kalau nak tetapkan 40 atau 50 orang membacanya tak salah kerana takde nas syarak yang melarang. Sebarang langkah pengharaman perlukan dalil. Kalau tidak ia kekal dibolehkan berdasarkan kaedah istishab (kekal hukum asal). Itu masalah ulamak muda beraliran saudi-wahhabi, asal takder dalam al-quran dan sunnah semua tidak boleh. satu lagi saya nak menasihati pengerusi ILMU, dalam konteks fatwa di Malaysia kita perlu merujuk kepada realiti tempatan (waqi’) dan memberikan hukum berdasarkan nilai-nilai yang ada. Jangan membawa fatwa-fatwa saudi yang tidak sesuai dengan budaya fatwa dan tradisi Fiqh kita. Fatwa-fatwa Saudi sememangnya terlalu harfiyyah zahiriyyah yang sering menimbulkan ketegangan terhadap persepsi orang bukan Islam terhadap Islam sendiri.

    Berkaitan pemilihan masa dan tempat, memang para ulamak memintak kita yang ingin berdoa agar pandai memilih masa dan tempat untuk lebih cepat dimakbulkan Allah. kalau tidak, maka tiada maknanya Nabi SAW menceritakan masa dan doa2 apa yang Allah makbulkan.

    Kesimpulannya, tidak salah untuk berdoa di mana dan bberapa jumlah yang nak disertai. lagi ramai lagi bagus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: