Orang Asli antara yang dicadang Calon PAS PRK Galas

PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

“Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak,” katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.

Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

“Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.

“Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu.

Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Oktober ini.

“Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov jika ada pertandingan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkann hari penamaan calon ialah pada 26 Oktpber.

Sokongan daripada kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli terhadap PAS meningkat meningkat sehingga 20 peratus dalam pilihan raya lalu di enam peti undinya — Belatim, Bihau, Balar, Sungai Ber, Lojing dan Hau.

Selain itu, Galas juga mempunyai bilangan pengundi Cina paling ramai berbanding kawasan lain di Kelantan – seramai kira-kira 1,900 orang di peti undi Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru Hilir.

Kawasan selebihnya — Sungai Terah, Kampung Batu Papan, Kampung Pulai dan Lepan Tupai menempatkan majoriti pengundi Melayu di Galas — seramai kira-kira 6,200 orang daripada keseluruhan lebih 11,500 pengundi.

Tindakan PAS mengambil kira calon daripada kalangan masyarakat Orang Asli itu kelihatan konsisten dengan kenyataan timbalan pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa untuk mengambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

Antara wakil masyarakat Orang Asli yang dikenali di kalangan masyarakat Gua Musang ialah Pandak Panjang Ey, yang kini dilihat mesra dengan PAS Kelantan.

Beliau hadir bersama sekumpulan masyarakat Orang Asli Temiang Gua Musang dalam satu program ramah mesra anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi menteri besar Selasa lalu, lapor Harakahdaily.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakub; speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mazlan Jaafar berkata, beliau mengambil sikap terbuka sekiranya PAS mengambil pendirian untuk mencalonkan wakil Orang Asli.

“Kalau dia berkebolehan, maksudnya dia boleh berkhidmat, kita akan sokong. Tapi, setahu saya PAS belum putuskan sesiapa untuk jadi calon,” kata Mazlan, seorang kakitangan Majlis Daerah Gua Musang.

Tambahnya, Orang Asli pada masa kini tidak lagi boleh dipandang rendah kerana terdapat di kalangan mereka yang berkebolehan.

“Orang Asli sekarang bukan macam dulu, ramai yang berkebolehan. Mungkin tidak ramai yang masuk universiti tapi mereka berkebolehan,” katanya lagi.

Ketika ditanya lanjut, Mazlan berkata, beliau lebih cenderung untuk memilih calon dari kalangan orang Melayu kerana golongan berkenaan membentuk majoriti di kawasan tersebut.

“Tapi kalau sesiapa pun calon itu, kalau berkebolehan, kita akan sokong,” katanya lagi

Satu Respons

  1. […] Orang Asli antara yang dicadang Calon PAS PRK Galas « jiwo kelate […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: