Misi Munajat Royalti Rakyat: Kupon Penajaan Rakyat dibuka

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat akan membuka kaunter jualan kupon penajaan rakyat sempena pilihan raya kecil DUN Galas.

Tok Guru Haji Husin Lubok Tapah

Ia adalah sebahagian daripada usaha sekretariat itu untuk mengumpulkan RM400,000 bagi membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat itu, Md Zulaimi Kazin berkata, kaunter itu akan dibuka pada 31 Oktober ini sempena pelancaran misi munajat 40 ulama royalti rakyat peringkat negeri Kelantan oleh Menteri Besar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkempen mengenai royalti minyak sewaktu pilihan raya kecil tersebut, tetapi sebaliknya menumpukan kepada pelancaran majlis pelancarannya.

“Kita tidak berceramah, cukup sekadar kita hantar isyarat 1 November ini,” katanya sambil menambah ulama dan tok guru pondok di Kelantan akan bermunajat bermula tarikh tersebut sehingga 10 Disember ini.

Menurutnya lagi, kutipan setakat ini – selepas sebulan tabung itu dilancarkan – ialah kira-kira RM50,000.

“Kita sedang menggiatkan promosi. Kita sedang menumpu kepada usaha membina jaringan terlebih dahulu, dengan wakil kita akan mengedar kupon penajaan rakyat.

“Kita berusaha untuk memberi taklimat kepada wakil pengedar mengenai tujuan kita mengadakan misi munajat di Mekah,” kata Md Zulaimi ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Sasaran kutipan RM400,000 itu bagi menampung keseluruhan kos persiapan, kebajikan dan penginapan ulama dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata pihaknya juga bercadang untuk memohon daripada syarikat korporat khususnya syarikat yang diterajui oleh anak Kelantan.

“Kita sudah menyediakan senarai pendek syarikat-syarikat itu. Kita akan serah surat permohonan melalui serahan tangan. Kita akan hantar minggu hadapan,” katanya.

Ditanya sama ada hubungan pihaknya dengan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan terjejas susulan pelantikan beliau sebagai pengarah pilihan raya BN, Md Zulaimi berkata:

“(Hubungan) tidak terjejas… Beliau masih berpegang rakyat Kelantan berhak mendapat royalti. Pilihan raya dan royalti adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan memberikan taklimat khas kepada 40 ulama yang terpilih berhubung misi munajat ke Mekah pada 19 Oktober ini, bertempat di kediaman rasmi menteri besar.

Pesanan untuk mendapatkan Kupon penajaan boleh diperolehi melalui : Hj Zulaimi (017 5353007), Sdr Razali Mat Ail (017 6242252) dan Sdr Zamri (016 2011982) atau sumbangan boleh dibuat menerusi Akaun BIMB No. 0310 2010 0000 93 atas nama Tabung Misi Munajat Royalti

Satu Respons

  1. make angin ko….klate tokleh munajat ko?……..rakyat buleh ikut skali…..tapi tak po lah doh banyok lagi toke balok nok dermo…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: