PRK Galas: Pertembungan Dua Penjuru PAS vs Umno/BN

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff dengan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad.

Pengesahan ‘pertarungan’ antara kedua-dua calon itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid pada pukul 11.30 pagi sebaik sahaja selesai proses penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Menurut beliau, Abdul Aziz menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.07 pagi manakala Dr. Zulkefli berbuat demikian pada pukul 9.33 pagi.

”Terdapat satu bantahan dikemukakan bagi pencalonan-pencalonan berkenaan, namun ia ditolak,” katanya ketika membuat pengumuman tersebut.

Calon PAS, Dr. Zulkefli pula tiba pada pukul 9.25 pagi dengan diiringi lebih 10,000 penyokong Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa; Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon BN, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Berbanding Abdul Aziz yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya, ini merupakan kali ketiga bagi Dr. Zulkefli.

Sebelum ini pada tahun 2004 dan 2008, beliau bertanding sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Gua Musang, bagaimanapun tewas kedua-dua di tangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Maklumat:
Jumlah Pengundi: 11,553 (Pengundi Pos 127)
Komposisi Pengundi: Melayu – 7,125 (61.7%), Cina – 2,317 (20.06%), Orang Asli – 1,889 (16.35%), India – 185 (1.06%), Lain-lain – 27 (0.23%)
Keluasan: 987 kilometer, Mukim: Batu Papan, Tiong/Bandar Gua Musang, Ketil dan Pulai.
Kegiatan ekonomi: Pertanian, pembalakan dan peruncitan.

Sebelum itu, Calon BN Abdul Aziz yang merupakan bekas Pengurus Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) tiba di pusat penamaan pada pukul 9.05 pagi dengan diiringi oleh hampir 3,500 penyokong BN.

Turut bersama beliau ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Naib Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta beberapa pemimpin kanan UMNO yang lain.

Sementara itu, proses penamaan calon yang diadakan berjalan lancar dengan kawalan ketat oleh pihak polis. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku melibatkan penyokong kedua-dua calon.

Berita Terdahulu
PKR dan DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam usaha mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.

Komitmen itu dinyatakan secara rasmi pada sidang media selepas masyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Berikutan itu, mereka akan membantu calon PAS sepanjang kempen PRK tersebut itu nanti.

“Kita bersetuju PAS meletakkan calon dan DAP, keADILan akan berikan seliruh kekuatan dan sokongan bagi mengekalkan calon PAS atas nama Pakatan Rakyat di Galas,” ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sidang media petang tadi.

Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan barisan kepimpinan utama ketiga-tiga parti yang lain.

Pada masa sama, Anwar dan Kit Siang juga turut mengesahkan kehadiran pada majlis pengumuman calon PAS di Galas yang dijadual 22 Oktober ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: