Juara Piala Suzuki AFF: Kedah dan Kelantan umum cuti 2 Januari 2011

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 nanti sebagai hari cuti umum bagi negeri itu ekoran kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi.

Azizan membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, dekat sini, pagi tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang bertungkus lumus menjulang nama negara.

Khabarnya, Kelantan juga akan turut menjejaki Kedah umumkan cuti pada 2 Januari 2011 (Ahad).

Tok Guru telah setuju untuk beri cuti peristiwa pada 2 Januari 2011 (Ahad) bagi Negeri Kelantan – sms YB Ustaz Baihaki

Berita Terdahulu
Kelantan melahirkan rasa terkilan berikutan kerajaan pusat memutuskan esok, (Jumaat) sebagai cuti umum berikutan pasukan bolasepak Malaysia berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan DakwahNegeri, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata tindakan kerajaan berkenaan akan merugikan beberapa buah negeri yang telah bercuti hari Jumaat.

“Mereka juga ingin merayakan skuad negara yang menang pada perlawananitu, apa lagi pemain pasukan negara juga ada orang Kelantan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Kerajaan Pusat yang mengisytiharkan hari Jumaat iaitu esok sebagai cuti umum.

Menurutnya lagi, sepatutnya kerajaan pusat pertimbangkan untuk mengistiharkan cuti umum pada hari-hari lain.

“Kelantan tidak boleh membawa ke hadapan cuti umum berkenaan keranaianya jatuh pada hari Jumaat.

“Lainlah andainya ia jatuh pada hari Sabtu, boleh dibawa pada hariesoknya,” ujarnya lagi.

Malam tadi Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya setelah berjaya menewaskan Indonesia walaupun perlawanan akhir kedua malam tadi, Indonesia berjaya mengalahkan ‘Harimau Malaya’ 2-1.

Bagaimanapun Malaysia berjaya menggungguli kejuaraan edisi ke-14, dengan agregat 4-2.

Dalam perlawanan akhir pertama Malaysia berjaya membelasah Indonesia 3-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

2 Respons

  1. […] Juara Piala Suzuki AFF: Kedah dan Kelantan umum cuti 2 Januari 2011 […]

  2. Bukan selalu menang pun…sesekali cuti tak salah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: