Kempen Bantah Swasta Saman Ekor

PENGUMUMAN:
Majlis Pelancaran ini akan DIADAKAN pada 16 Februari 2011, bertempat Di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor. SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Gelombang Kedua Membantah Swasta Saman Ekor 16 Feb 2011
Majlis Pelancaran Penerangan Gelombang Kedua Membantah Swasta Saman Ekor yang dijadualkan pada 12 Februari 2011 dITUNDA kepada 16 Februari 2011 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor. Penceramah adalah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibarhim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
2. YB Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena
3. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR/ Ahli Parlimen Gombak
4. YB Dato’ Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor/ Exco Kerajaan Selangor dan
5. Ustaz Salahuddin Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak

SEMUA DIJEMPUT HADIR. Program anjuran Bersama JK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE), Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak (Dewan Pemuda)

KENYATAAN MEDIA OLEH YB. DATO’ HAJI MAHFUZ OMAR, (Pengerusi Jawatankuasa Kempen anti Saman Ekor – KASE) selepas mengedar Risalah Membantah Swasta Saman Ekor di Plaza Tol Plus, Sungai Besi.

SAMAN EKOR DAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010
1) Hari ini 01/02/2011 adalah tarikh penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 22/12/2010 yang lepas. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor – KASE berpendapat pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini tidak menyelesaikan masalah yang berbangkit malah ia lebih banyak menimbulkan persoalan dan masalah-masalah lain.

2) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini dengan jelas membuktikan bahawa tuntutan KASE selama ini agar Kerajaan melalui PDRM dan JPJ menghapuskan saman ekor tertunggak dan menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah benar.

3) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 telah memasukkan takrif “imej yang dirakam” dan mengguna-pakai “imej yang dirakam” sebagai bukti prima facie di Mahkamah. Ini bermaksud semua gambar yang diambil semasa PDRM menjalankan operasi saman ekor tidak boleh digunakan sebagai bukti di Mahkamah sebelum pindaan Akta ini. Justeru tindakan PDRM mempertahankan saman ekor bahawa mereka mempunyai bukti kesalahan adalah tidak terpakai seterusnya tindakan JPJ menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor adalah menyalahi peruntukkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

4) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini telah memperkenalkan beberapa peruntukkan baru yang tidak dihebahkan dan dimaklumkan kepada rakyat secara terperinci. Rakyat atau pengguna jalanraya akan terkesan secara langsung dengan peruntukkan-peruntukkan baru ini tetapi mereka tidak dimaklumkan dan hebahan tentang penguatkuasaannya juga tidak dibuat secara menyeluruh.

5) Peruntukkan-peruntukkan baru yang mula dikuatkuasakan hari ini (01/02/2011) diantaranya ialah :
a. JPJ dan PDRM berkuasa untuk menguatkuasakan peruntukkan Akta ini di atas mana-mana jalan termasuk jalan persendirian. Ini bermaksud pihak berkuasa boleh menguatkuasakan undang-undang sehingga ke pintu rumah rakyat. Ini boleh dianggap menceroboh hak peribadi rakyat dan harta persendirian. Apa rasionalnya diluaskan kuasa mereka ini? Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata bahawa ini dilakukan bagi membolehkan siasatan dan tuntutan insurans dibuat jika kemalangan berlaku di jalan persendirian. Persoalannya ialah Akta Insurans tidak dipinda bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat kerana insurans tidak melindungi apa-apa kermalangan yang berlaku di jalan persendirian.
Timbalan Ketua Pengarahn JPJ, Datuk Ismail Ahmad, dalam kenyataan akhbarnya pada 10/01/2011 berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

6) Selain itu Akta ini juga memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik – AES iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak (mobile) untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.

7) Kementerian Pengangkutan melalui Timbalan Menterinya menyebut di dalam Dewan Rakyat bahawa dua (2) syarikat telah diberikan hak pengendalian sistem ini iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini akan mendapat pulangan 35% daripada setiap 5 juta saman yang dikeluarkan manakala Kerajaan mendapat 65% pulangan. Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalulintas di bawah Akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalulintas diswastakan oleh Kerajaan?

8) Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri juga menyatakan tindakan memberikan hak pengendalian AES ini kepada syarikat swasta kerana Kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang kos. Adakah kenyataan ini benar? Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan pada 25/03/2010 dalam kenyataan medianya berkata mulai bulan Mac 2010 JPJ telah memasang kamera pengesan automatik di 831 lokasi di seluruh negara yang berupaya mengesan kesalahan lalulintas selama 24 jam tanpa henti. Katanya lagi sebanyak 566 buah kamera berfungsi sebagai pengesan had laju, 256 kamera di lampu isyarat manakala 250 kamera bergerak (mobile).

9) Persoalannya, jika Kementerian menyatakan Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos, apa berlaku kepada 1072 kamera ini? Kamera ini telah dibeli dan dipasang pada Mac 2010. Adakah kedua-dua syarikat tadi akan mengambil alih semua 1072 kamera ini? Jika betul, ini bermakna syarikat tidak mengeluarkan apa-apa modal sebaliknya hanya mengambil alih harta kerajaan yang diperolehi menggunakan wang rakyat. Jika syarikat tidak mengambil alih 831 kamera ini, apa kegunaan 1072 kamera yang dibeli oleh JPJ ini? Jika tidak digunakan sudah tentu ianya suatu pembaziran wang rakyat.

10) Justeru hari ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor – KASE sekali lagi mendesak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan menghapuskan semua saman ekor yang lama yang tidak boleh dikuatkuasakan melalui Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan memulakan dengan proses penguatkuasaan yang baru melalui Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini. Seterusnya KASE menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk KASE bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalulintas dan kos-kos yang terlibat agar setiap wang rakyat digunakan demi kebaikan rakyat dan bukannya syarikat-syarikat kroni.

YB DATO’ HAJI MAHFUZ OMAR
Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor – KASE
01/02/2011

4 Respons

  1. Salam,
    Dalam poster diatas didapati songkok hassan hampir dengan kening macam sultan pahang, songkkok tutup dahi..
    sebenarnya aku agak meluat dgn hassan ni, cakap berdegar2. Dia ada bagi ceramah motivasi disurau dekat rumah aku kira 3 tahun lalu sempena program motivasi dia di taman pertanian, kuantan . Masa tu sambutan agak kurang tapi dari kata2nya macam angkatdiri..dan siap kempen program harga RM200 lebih..nak tolong melayu la..

  2. puak yahudi dan israel sahaja yg suka saman ekor ni

  3. salamualaikom, bg sy hanya puak yahudi dan israel sahaja yg suka saman ekor ni

  4. buat zulfahmi… saman ekor skure2 leh kure…demo tgk saman parking mpkb ..saman parking lwat 28 hari naek 100 dr 10 riyal…bakpo puak pas xdop bunyii…sapo zalim sbnarnyo..sapo perngai yahudi n khawariz sbnarnyo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: