Perjuangan

Perjuangan
Perjuangan, ada yang benar dan ada yang palsu.
Perjuangan, ada yang ikhlas dan ada yang penuh dengan pengharapan balasan.

Perjuangan, ada yang berjuang menegakkan keadilan, menentang kepalsuan, perjuangan kebenaran. Perjuangan ini memerlukan pemimpin yang ikhlas, pemimpin yang jujur, amanah dan bijaksana. Pemimpin yang tidak khianat.

Pemimpin perjuangan suci sentiasa berusaha kearah kebaikan, berkebajikan, sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Ilahi.

Perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran tidak mementingkan pangkat dirinya.
Yang diutamakannya adalah keadilan kepada yang berhak. Walaupun terkorban jiwa raga. Walaupun Habis wang dan harta

Perjuangan kepalsuan, olok-olok berjuang pun ada,
Perjuangan cari makan pun ada. Perjuangan ini biasanya berperancangan jahat, sanggup pijak kawan-kawan demi periuk nasi sendiri.
Perjuangan ini dipanggil perjuangan lompat katak.

Perjuangan ini dipanggil juga perjuangan bodek ketua, walaupun ketua buat kerja tak betul. Yes bos, ya bos ataupun yang sentiasa ambil kesempatan, jika peluang cari makan terhidang di depan mata.
Tak boleh lawan ketua. Inilah dinamakan perjuangan untuk diri sendiri.

Perjuangan tidak berprinsip, prinsip sekadar dijadikan batu lompatan untuk dapat projek, untuk dapat sesuatu, jika tak dapat projek, maka berubahlah perjuangan.

Maka berhati-hatilah memilih perjuangan. Berhati-hatilah memilih pemimpin perjuangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: