Sepatutnya Banteras Fitnah Bukan Suburkan Fitnah

Dalam Titah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semasa merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke 12 pada 7 Mac 2011 lalu. Tuanku ada bertitah dalam perenggan 44, titahnya:

“Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara. Jadilah warga yang bijak, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah.”

Titah Tuanku adalah ditujukan kepada semua samada kerajaan, pembangkang, pegawai kerajaan dan rakyat jelata. Pembuat dasar, pelaksana dasar hendahlah bertekad untuk membanteras FITNAH, bukannya PENYUBUR BUDAYA FITNAH.

Pendedahan Datuk T mengenai video seks jelas menjurus kepada apa sebenarnya. Manakala pengakuan Ketua Polis Negara (KPN) mengenai ketulenan video seks bertujuan apa? Apakah kenyataan KPN itu semakin menyuburkan budaya fitnah dengan tidak menyatakan ketulenan pelakonnya.

Pelakon filem mudah dicari, orang berlakon sebagai Hitler kan ada filem, begitu filem mengesahkan Mahatma Ghandhi dan lain-lain.

Jadi bukannya mustahil untuk merekayasa filem untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim yang kini BN semakin terdesak, tambahan pula sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Usaha BN kini adalah bagaimana mengurangkan kepercayaan rakyat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dan inilah satu-satu cara dan pendekatan untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Isu Fitnah terpaksa dilakukan juga walaunpun SPB YDP AGONG tidak berminat dengan isu fitnah memfitnah ini, tambahan pula Seksyen 5 (1)(b) Akta Penapisan Filem 2002, jelas melarang menyebarkan, menayangkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Jadi sepatutnya KPN menyiasat Datuk T yang diketuai Rahim Thamby Chik dan boleh didakwa contohnya dibawah peruntukan di atas dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 (b) iaitu mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)  boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu dan tidal lebih lima puluh ribu atau dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tetapi seksyen ini hanya digunakan kepada kutu kutu gerahak bukan untuk pemimpin seperti Rahim Thamby Chik atau pemimpin seumpamanya.

Jadi bilakah sebenarnya masa UNTUK NAK BANTERAS FITNAH yang bersiri kini jika Pilihanraya ke 13 akan datang dibiarkan berlalu begitu saja.

JANGAN SUBURKAN FITNAH.
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

2 Respons

  1. as-salam…
    kenapa najib dfitnah dengan zaina zain la..altantya dan macam2 lg xcakap pon pasal fitnah2..xcakap pon pasal 4 saksi…photo pon bukan asli superimpose oleh kafirun tian chua( kalu ikot islam ni wajib kene ..)ada tak dewan ulama PAs keluar fatwa? kenapa time anwar baru heboh pasal 4 saksi la fitnah la… boleh tak ulama PAS pendapat yg adil? yg haq jgn ditutup dengan kebatilan…. pd 1998 mat sabu n karpal sing yang heboh pasal sex anuwar smpai dorng panggil anuwar aljuburi tak pula di sebut 4 orng saksi n fitnah? boleh ulama huraikan… harap siar post sy demi kebenaran dan menjunjung keadilan demi ALLAH..

  2. Niat nak perjuangkan Islam tu amat bagus…, malahan memang dituntut dalam ugama kita. Cuma ingat salah satu prinsip dalam perjuangan…:

    Yang benar kena kita akui benar.., yang salah kita akui salah. Kena konsisten. Jangan konfiuskan orang. Ulasan kena sama, tak kira kepada musuh atau anak beranak sendiri.

    Ini tidak…, konon perjuangkan Islam.., tetapi pandangan jauh berbeza tentang hal yang sama..; ikut arah mana/ puak mana yang kita sokong. Niat nak perjuang Islam…, tetapi sebaliknya mengotorkan nama Islam itu sendiri….

    Allah Maha Mengetahui, brother……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: