Tok Guru Nik Aziz ulas Prof Aziz Bari

MENGULAS KENYATAAN PAKAR PERLEMBAGAAN, DR. ABDUL AZIZ BARI

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya.

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

3 Respons

  1. ALLAHUAKBAR!!!

  2. Usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduang dengan UMNO adalah satu kemungkaran. Mudah-mudahan mereka yang pernah terlibat dalakm agenda ini sudha benar-benar bertaubat nasoha…..jangan main-main. Bila dah menang dapat kuasa lain pulak yang cakap..

  3. assalamualaikum
    pertamanya hati kawe kecewa bro husam menolak pancalonan untuk jawatan presiden.
    keduanya hati kawe lagi kecewa seandainya ayah zid masih mengekalkan nasaruddin mat isa di bachok dalam PRU ke 13 nanti.
    ketiganya kita sekarang sepatutnya di tahap menyerang untuk menjaringkan gol kerana lawan sudah kacau bilau bukan sekadar bertahan untuk memudahkan musuh membolosi gol kita. tapi itulah realitinya seandainya presiden dan timbalan di kekalkan dalam pemilihan PAS nanti.
    keempatnya org2 yang membela pemimpin no 1 dan 2 itu sedarlah kedua mereka ini adalah pemimpin yang sudah ketinggalan keretapi…
    akhir sekali, Tuan ibrahim anda paling layak jadi presiden dan bro husam anda pula sebagai timbalan presiden
    kawe mohon maaf andai coretan dan pandangan kawe ini bisa menyakitkan hati…
    wassalam!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: