Memo kepada PM menuntut DITUNAI JANJI Royalti kepada Kelantan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

MEMORANDUM JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) MENGENAI ISU PEMBAYARAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri,
Perdana Putra, PUTRAJAYA;

Dengan hormatnya ini adalah MEMORANDUM JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia berkait dengan isu pembayaran Royalti Minyak Negeri Kelantan.

Bahawa isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.

Bahawa semasa perbahasan Akta Pembangunan Petroleum 1974 oleh Tun Abdul Rahaman Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak seperti hansard Dewan Rakyat bertarikh 24 November 1974 muka surat 2371 yang menyatakan;

“Saya juga sukacita melihat dalam Fasal 2 bahawa hak untuk mengeluarkan pemberian hak-hak seperti terkandung dalam Jadual terserah kepada Kerajaan yang mempunyai kuasa kepada kawasan yang berkenaan. Bagi pihak kerajaan Negeri Sarawak saya ingin menyatakan bahawa kita berpendapat adalah menjadi hak Negeri Sarawak mempunyai kuasa di bawah Seksyen 2 tadi mengeluarkan pemberian hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan berkenaan dengan Petroleum seperti terdapat dalam Jadual Undang-undang ini meliputi bukan sahaja kawasan daratan tetapi juga kawasan yang disebut offshore termasuk continental shelf. Saya sungguh gembira ada tersebut dalam Rang Undang-undang ini iaitu sebagai pengakuan kepada hak ini pihak PETRONAS akan memberi bayaran wang tunai kepada Kerajaan yang berkenaan. Dengan cara begini maka Kerajaan Negeri berkenaan akan dapat sedikit wang, walaupun tak banyak yang boleh digunakan dalam pentadbiran negeri dan juga dalam pembangunan”.

Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri ayahanda Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, YAB Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami YAB Dato’ Seri;

“Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”

Bahawa Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 12 telah mengesahkan pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011.

Bahawa berdasarkan kepada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahaman Ya’kub, adalah sewajarnya difahami sebagaimana berikut:-

1. Tidak ada had 3 batu nautika seperti yang dihujahkan oleh pemimpin Kerajaan Pusat sekarang.

2. Offshore sesuatu negeri tidak tertakluk kepada 3 batu nautika bahkan meliputi continental shelf.

3. Bayaran tunai tersebut dibayar kepada Kerajaan Negeri dan tidak dibayar kepada mana-mana pihak yang lain atas apa jua alasan.

4. Akta ini mengakui hak ke atas petroleum adalah hak Kerajaan Negeri yang akan diserahkan kepada Petronas dengan timbal balas bayaran tunai.

Maka adalah kami JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) dengan ini telah mengambil resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara-perkara yang berikut:-

1. Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan ditunai janji untuk membayar Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana hak yang telah termaktub dalam perjanjian.

2. Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan ditunai janji pengembalian hak Wang Royalti Kerajaan Negeri Kelantan sama seperti yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

3. Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan pembayaran Wang Royalti secara “cash payment” dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Memorandum ini bertarikh 31hb Mei 2011

…………………………
Haji Apandi Mohamad
Pengerusi Royalti Kelantan

Sdr Ali Hanafiah bin Mohamad
Presiden
Persatuan Anak Kelantan Darulnaim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)

Haji Zulaimi bin Kazin
Timbelan Presiden
Persatuan Anak Kelantan Darulnaim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)

Sdr Razali Mat Ail
Setiausaha Agung
Persatuan Anak Kelantan Darulnaim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)

Sdr Wan Mohd Johari b Wan Omar
Setiausaha
Jawatankuasa Bertindak Anak Perantau Kelantan Menuntut Royalti Kelantan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: