Nak Serah Surat kepada PM pun ditahan

Saya nak jumpa PM saya nak serah surat, salah ke ?? Dah la susah nak serah surat, jika berjaya serahpun belum tentu berjawab. Ambil tindakan atas kandungan surat lagi lahhh. Nasib nasib ..

Berita Harakahdaily
10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil “Datuk Seri”, empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

2 Respons

  1. kalau ye pun kononnya nak serahkan surat, bukan macam 2 caranya… 2 semua tindakan nak provokasi le 2, buat2 mcm x salah. x tau ke setiap pengawal dan anggota Polis adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan VVIP terutama PM. Setiap pengawal dan Polis berhak bertindak atas syak yang munasabah yang boleh menjejas keselamatan PM apabila berada di khalayak ramai. So kepada mereka yang cuba bertindak nak provok 2, fikir2kanlh byk kali sblm brtindak….

  2. Betul tu.. Gunala cara berakal sikit Kalo nak serah surat Kpd pm.. Kalo Ada prob, rujuklah tok penghulu dulu, Kalo x trjwb pg la cari tok penggawa, Kalo x brjwb jugak pg rujuk adun, Kalo xdpt juga pg rujuk ahli parlimen..Kalo xdpt jgk Jgn mngundi adun n ahli parlimen…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: