Doa senjata sulit atas muslihat BN dalam PRU13

Harakahdaily melaporkan, Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.

Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.

Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

Advertisements

Pesanan Khas dari BERSIH 2.0 Sempena Hari Raya dan Hari Merdeka

BERSIH 2.0 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia. Kami ingin menyampaikan satu pesanan khas kepada semua warga Malaysia sempena musim perayaan ini.

Akhir-akhir ini, BERSIH 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis.

Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli:

Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam dafter pemilih adalah tepat. Semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

Kami berharap semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih. Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama.

2. Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam dafter pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.

3. Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya.

4. Jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti.

BERSIH 2.0 menyeru kepada semua warga Malaysia yang balik ke kampung sempena musim perayaan ini untuk membawa pesanan ini kepada rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga di kampung. Kami berharap individu-individu yang lebih fasih dalam penggunaan Internet membantu rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih.

* Kenyataan media oleh Jawatankuasa Pepandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

– Sumber BERSIH 2.0

Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan

Oleh Dato Husam Musa

Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion.

Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu.

Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya.

Dalam hal ini, adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini di daratkan di Bachok,Kelantan.

Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja Insyaallah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Salam Ramadhan dari Masjidil Haram.

Wassalam.

Dato’ Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan
-Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan
-Naib Presiden PAS

SPR akui Biometrik lebih bermasalah berbanding Dakwat kekal

Akhirnya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah “sistem yang sempurna” di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

“Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi

“Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja,” katanya.

Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya.

“Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat,” katanya.

Beliau juga berkata sistem biometrik “sangat mahal” dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi. – Malaysiakini

Isteri Klon, bagaimana pula??
DAP hari ini mendakwa, parti itu berjaya menemui rekod dua orang pengundi wanita yang didaftarkan sebagai undi pos – dengan nama yang sama dan juga berkahwin dengan seorang anggota tentera lelaki yang sama.
Baca lanjut di sini

SPR perlu buktikan komitmen laksana 4 tuntutan Bersih 2.0

image

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.

Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian “kewarganegaraan segera” kepada penduduk tetap.

Desakan kepada Menteri Dalam Negeri ini akan diketuai Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian.

“(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),”katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan. Baca lanjut Malaysiakini

Ulama Politik – Untuk Dakwah atau parti?

Wacana Sinar Harian Ke 6 bertajuk “Ulama Politik – Untuk Dakwah atau parti?

Kata aluan Pengerusi

2. Dr Asri & Tan Sri Harussani – Ulama Politik – Untuk Dakwah atau Parti?

3. Dato Tuan Ibrahim – Ulama Politik – Untuk Dakwah atau Parti?

4. Ustaz Fathul Bari (Ulamak Umno) – Ulama Politik – Untuk Dakwah atau Parti?

5. YBhg Dato Tuan Ibrahim – Ulama Politik – Untuk Dakwah atau Parti?

6. Ulamak Umno berhujah

Setiap Manusia akan diuji … yang penting kita pegang Iman kita

Makna Perjuangan Islam

Kunjungilah http://ceritakakwan.com untuk tentang Cerita Kak Wan