Royalti Petroleum: Terengganu ok, Kelantan tak ok … sedangkan sama-sama lebih 3 batu nautika

Kelantan menimbang untuk memohon injunksi terhadap bayaran royalti oleh Petronas kepada negeri Terengganu, kata Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan.

“Ini dalam pertimbangan kita. Mungkin dibawa dalam sidang exco,” tambahnya.

Katanya, tindakan itu mungkin diambil memandangkan bayaran lima peratus royalti sebanyak RM900 juta itu merupakan keputusan berat sebelah dalam pemakaian undang-undang.

Sedangkan, tegas Husam, hasil petroleum yang diusahakan Petronas di perairan Terengganu itu juga berada lebih tiga batu nautika daripada pantainya.

Husam memberi alasan, pembayaran royalti itu melibatkan kepentingan Kelantan dalam kes tuntutan yang dikemukakannya memandangkan berlakunya “pertindihan” melibatkan dua telaga minyak Terengganu.

“Jika dibayar, ia juga melibatkan kepentingan Kelantan,” kata naib presiden PAS itu lagi ketika ditemui di mahkamah persekutuan di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu, mahkamah tersebut menolak rayuan kerajaan Kelantan berhubung permohonan mencelah oleh kerajaan Malaysia dalam prosiding saman yang dikemukakan negeri itu berhubung tuntutan royalti minyaknya.

Mahkamah turut menolak permohonan rayuan kerajaan untuk membicarakan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan bukannya di Bahagian Sivil.

Mahkamah turut memerintahkan Kelantan membayar kos sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua permohonan berkenaan kepada kerajaan persekutuan.

Kelantan juga diperintahkan kos dalam kausa kepada Petronas sekiranya pemohon berkenaan tewas dalam kesnya yang akan bersambung di Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh anggota panel Mahkamah Persekutuan – Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Suriyadi Halim Omar. – Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: