Isu Gereja sengaja dimainkan – Bekas Mufti Perlis

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa “diadun” dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian “pihak berkuasa agama” yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

“Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

“Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?” soal Dr Asri.

Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.

JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia “diadun dengan agama”.

“Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.

“Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

“Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?” soalnya lagi. – Malaysiakini

SEMENTARA ITU, Penganjur majlis makan malam muhibah di sebuah gereja minggu lalu yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam, sebaliknya menegaskan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama.

Dilaporkan terdapat nyayian lagu keagamaan dalam majlis itu yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, yang mana diserbu pegawai Jais pada Rabu lalu.

Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan “kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah” sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama.

“Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas, namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier.

Annuo memberitahu The Malaysian Insider bahawa majlis makan malam muhibah itu boleh diadakan di mana-mana seperti Dewan Komuniti Cina tetapi Harapan Komuniti memilih Gereja Methodist Damansara Utama kerana pihak gereja menawarkan lokasi dengan percuma.

“Kerana ia (Harapan Komuniti) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan mencari lokasi yang mudah dan murah,” katanya.
Beliau menambah, Harapan Komuniti – diketuai ahli lembaga daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India – selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gereja Methodist Damansara Utama dan pernah menyewa dewan gereja sebelum ini.

Annou juga berkata “doa kesyukuran” turut dibacakan semasa majlis makan malam itu atas bantuan yang telah diberikan bersama kira-kira 120 orang daripada pelbagai latar belakang agama.

“Ini bukan doa Kristian, ia lebih kepada berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa,” katanya.
Beliau berkata dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Malaysia turut dinyanyikan – “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” – tetapi menegaskan ia lagu untuk semua. – The Malaysia Insider

MANAKALA Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menunggu laporan lengkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Jelas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya telah meminta Jais menyediakan satu laporan lengkap dan terperinci mengenai serbuan ke atas ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Tambah beliau, laporan terperinci itu termasuk hasil siasatan ke atas kesemua 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: