Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi berlandaskan nas-nas sahih

Sesudah terawikh: Terkantoi pemimpin Umno bila baca kenyataan Mufti Pulau Pinang dan Mufti Perlis. Mufti lain senyap tanda setuju.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri. Sumber The Malaysia Insider

Yang syok tu kerana Mufti Perlis Dr Juanda Jaya turut menyatakan sokongan kepada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan pekeliling agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang disaksikan di kebanyakan masjid sebelum waktu solat subuh.

“Kami Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat kuasakan larangan itu di masjid surau walaupun kadang-kadang ada yang larang Mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh”, kata Juanda dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s a w yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan “sunah Nabi s a w yang sahih ”.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi s a w keran ia mengganggu orang yang sedang tidur, Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa”, katanya lagi.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menyokong keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang.

Asri berkata mematuhi keputusan dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak harus dianggap sebagai isu poliitk semata-mata.

“Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata tetapi itu arahan Nabi s a w dan juga menjaga Islam yang harmoni Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini dan saya menyokongnya ” katanya lagi.

“Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak ” kata beliau Asri kelahiran Pulau Pinang berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara hanyalah azan dan “selain itu tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain ”. – Sumber The Malaysia Insider

Iklan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: