Panggil Sidang Khas Parlimen tak perlu gopoh

Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah membentuk jawatankuasa pilihan khas bagi membincangkan soal sistem pilihan raya tidak perlu terlalu tergesa-gesa memandangkan Parlimen akan bersidang mulai awal Oktober ini.

Selain itu kata beliau, sudah tiada masa untuk mengadakan sidang khas Parlimen, sebagaimana diminta oleh Pakatan Rakyat, sebelum sambutan Aidilfitri kali ini.

“Tinggal lagi dua minggu lagi sebelum Aidilfitri, kita tiada masa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata Wan Junaidi, beliau tidak nampak “logik” sidang khas perlu diadakan sekarang memandangkan mengikut jadual asal, Parlimen akan bersidang mulai 3 Oktober.

Kerajan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober.

“Usul untuk mengadakan sidang khas perlu dikemukakan dua minggu lebih awal, dan kemudian kita memerlukan satu minggu untuk mengaturkan urusan-urusan persidangan… jadi, ia akan mengambil masa tiga minggu.

“Bulan depan ada musim perayaan (sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan) dan disusuli dengan jadual sidang Parlimen yang akan bermula awal Oktober ini… jadi saya tidak nampak logik dan rasional memanggil sidang khas,” kata beliau lagi.

Mengikut peraturan mesyuarat, jawatankuasa pilihan khas hanya boleh dibentuk menerusi usul yang dibawa ketika Parlimen bersidang.

“Jika kerajaan mahu membawa usul, maka mereka boleh membawa ketika hari pertama apabila Dewan Rakyat bersidang, mengambil kira faktor masa, kita tidak perlu tergesa-gesa,” kata Wan Junaidi yang menyifatkan perkara yang hendak dibincang juga merupakan isu penting melibatkan kepentingan rakyat.

“Ini isu penting melibatkan rakyat, kita perlu membincangkan dengan mendalam dan membuat keputusan kolektif,” katanya lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook berkata, sayap itu mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam kerana ia membuktikan akhirnya pentadbiran beliau terpaksa tunduk kepada permintaan rakyat yang dijana melalui perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu.

“Ini merupakan kemenangan awal hasil daripada kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Namun katanya, Najib seharusnya memanggil sidang khas Dewan Rakyat sebelum Aidilfitri untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut dan tanpa satu sidang khas, Parlimen terpaksa tunggu sehingga 3 Oktober untuk melaksanakan penubuhannya.

Selain itu kata beliau, lapan tuntutan asal Bersih 2.0 dijadikan sebagai asas “terma-terma rujukan” bagi jawatankuasa tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: