Isu JAIS-Gereja: PERKASA nak tangguk Ikan di air Keruh

Sebenarya, PERKASA tidak faham isu sebenar antara JAIS dan Gereja. PERKASA dan seumpamanya hanya nak menangguk di air keruh. Dan ambil kesempatan sahaja. PERKASA cuba nak jadi jaguh dan menyalahkan Umno, PKR dan PAS. Sedangkan parti-parti ini hanya menunggu apa tindakan JAIS selanjutnya.

PAS dah jelaskan pendiriannya untuk bertemu kedua-dua pihak bagi mendapat penjelasan lanjut. Sehingga kini JAIS belum bersedia untuk bertemu PAS, khabarnya bagi menyiapkan laporan. Manakala pihak Gereja pula memberi alasan suasana yang tidak kondusif untuk mengadakan pertemuan.

JAIS dah buat penyiasatan, akan buat laporan dan seterusnya akan buat tindakan pendakwaan atau sebaliknya. Apabila JAIS yang akan mengambil tindakan akhirnya untuk menyelesaikan kemelut ini. Adakah isu sebenar yang dihadapi oleh 12 orang itu akan selesai? JAIS pun kena kaji kenapa sebenarnya?

Portal The Malaysia Insider hari ini melaporkan, Perkasa hari ini menuduh pemimpin-pemimpin Melayu dari Umno, PAS dan PKR mengorbankan Islam semata-mata mahu mendapatkan sokongan masyarakat Kristian dalam pilihan raya.

Kumpulan membela hak Melayu itu mengadakan satu demonstrasi di Masjid Negara di sini — disertai kira-kira 20 orang — menuduh kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam.

“Gereja biadab,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali di sebalik persekitaran panas terik.

SEBENARNYA, Ada tiga keadaan yang perlu diambilkira seperti yang diungkapkan oleh Blogger Al Bakistani, di sini.

Samada menyokong JAIS ATAU SEBALIKNYA? Blogger Al Bakistani, menggariskan tiga golongan. Mereka adalah seperti berikut;

Pertama :
Golongan yang menyokong tindakan JAIS. alasan mereka, tindakan JAIS itu adalah tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Sebagai badan yang diberi amanah untuk menjaga aqidah umat Islam, maka tindakan JAIS itu adalah patut dan wajib disokong.

Kedua :
Ada dari pihak yang lain pula tidak bersetuju dengan tindakan JAIS itu. Pada mereka, sepatutnya JAIS perlu bertindak dengan tindakan yang lebih berhikmah supaya islam tidak berjaya dipropagandakan oleh kristian sebagai agama yang tidak menghormati hak non muslim dan sebagainya.

Ketiga :
Golongan ini adalah golongan yang tidak ambil port. Mereka mendiamkan diri, dan sekadar menunggu dan melihat apa yang bakal terjadi.

Baca lanjut di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: