Undi Pos: Panglima Angkatan Tentera tidak tahu banyak perkara

Tindakan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (gambar)menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

“Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam,” kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.

Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

“Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

“Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan,” ujarnya.

Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan.

Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.

Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang.

Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit.

BERITA TERDAHULU
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya “mungkin telah dipergunakan sebagai alat.”

“Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

“(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya,” katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

BIASANYA BOS NAK TENGOK KERJA SELESAI. PAT TU HANYA BACA PERATURAN, PATUH PERATURAN. APA YANG BERLAKU DIA TAK NAK AMBIL TAHU.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

“Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

“Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan,” katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu “tidak boleh berlaku.”

“Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku,” tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan “mencemuh” sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

“Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

“Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.
– Baca lanjut dalam Malaysiakini, di sini.

Satu Respons

  1. Pihak pembangkang dah ketandusan isu nk disensasikan… segala tuduhan dikatakan berlaku pada tahun 70an dan 80an.

    sekrang ni utk makluman semua, sistem pengundian undi pos utk tentera dijalankan dengan telus dan sisematik. bukan mcm tahun 70an dan 80an. zaman perang dgn komunis semuanya masih belum cukup teratur dan tak cukup tidur! Nuri nk keluar masuk hutan pon payah!

    Kepada semua pihak, janganlah menabur fitnah sesuka hati. Sudah terang lagikan bersuluh. Tiada penipuan undi pos langsung. Setiap anggota diberi kebebasan untuk pangkah sapa saja yang disokong!
    Aku bg satu analogi mudah. Pihak pembangkang ni mcm mekanik motor yang nk bercerita dah ‘sekolahkan’ orang pasal anatomi badan manusia.THEY KNOW NOTHING ABOUT MILITARY!

    Kalau betol la nk perjuangkan kebajikan ATM, p masuk rekrut dulu. Rasa susah payah dulu. Bukan terus muncul nk jadi HERO MALAYA. padahal dulu satu habuk pon pembangkang ni xsebut ape2 pon pasal tentera.

    P/s: Pihak pembangkang akan terus lupakan tentera lepas PRU13. Percayalah!

    http://www.askarsetia.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: