Bersih 2.0 tidak Haram, sudah diiktiraf

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan.

Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih, 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada “pertubuhan bukan kerajaan sah” yang membentuk gabungan tersebut.

“Tiada guna kita adakan jawatankuasa pilihan  khas jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti-parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai,” kata beliau.
Nazri juga berkata jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan.

Usul pembentukan jawatankuasa pilihan khas akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini – hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet.

Nazri juga berkata SPR juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada mesyuarat 7 September ini. Sumber The Malaysia Insider

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: