Kes Liwat II: Najib, Rosmah dan Musa Hassan akan disepina

Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.

Foto Malaysiakini

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. – Malaysiakini

Kes Liwat: Konspirasi Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi tadi.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula hari ini.

Katanya, beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh sebab tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.

Kata Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

“Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan berkata Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.

Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat. – The Malaysia Insider

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Kenyataan Penuh Dato Seri Anwar Ibrahim Di Mahkamah Tinggi Dalam Kes Fitnah II, BACA DI SINI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: