Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful – Anwar

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.

“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”

Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.

Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. – The Malaysia Insider

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: