Sinar Harian Wajar Menjejaki Pengundi Bernama Unik

 

Suhaizan

 Oleh  SUHAIZAN BIN KAIAT, PENGERUSI  PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI,  DEWAN PEMUDA  PAS  MALAYSIA.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian pada Sabtu 20 Ogos 2011, telah meminta saya melaporkan terus kepada SPR berhubung kecurigaan saya terhadap data-data sah daftar pemilih.  Seolah-olah  Sinar Harian sudah tidak berminat untuk menjejaki lima nama pegundi unik yang saya kemukakan. 

Setelah Sinar Harian berjaya menjejaki Mismah, Azhar Bin  Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad  dalam fasa pertama kajian Pemuda PAS yang melibatkan nama pengundi yang biasa didengar maka Sinar Harian sewajarnnya perlu menjejaki nama-nama unik yang jarang dimiliki rakyat Malaysia.

 Ini penting bagi mengesahkan bahawa terdapat manipulasi pilihanraya atau pun tidak. Tindakan Sinar Harian yang seolah-olah mengangkat tangan dengan lima data yang saya kemukakan, boleh membantutkan usaha  media ini  melaksanakan usaha semak dan imbang dalam sistem pilihanraya di negara ini selaras dengan slogan “Telus & Tulus”.

Belum pun rakyat mendapat jawapan yang sebenar berhubung manipulasi pilihanraya, Sinar Harian sudah memberhentikan tugasnya. Ini boleh dianggap seperti “kerja sekerat jalan”.

Saya kurang berminat untuk melaporkan segala kecurigaan saya terhadap manipulasi pilihanraya kepada pihak SPR. Ini kerana pihak PAS telah berkali-kali berjumpa dengan SPR berhubung dengan pelbagai masalah yang berlaku.

Sehingga PAS mengerakkan Himpunan Bersih 1  pada tahun 2007. Malangnya pembersihan daftar pemilih tidak juga berlaku. Apabila Pemuda PAS mendesak melalui media barulah pihak SPR memberi tindak balas kepada bantahan yang telah dibuat.

Oleh itu saya lebih percaya kepada desakan rakyat dibandingkan dengan laporan demi laporan yang dihantar kepada pihak SPR.

Saya tidak pasti mengapa Sinar Harian tidak mahu menyiarkan lima nama unik yang telah saya nyatakan sebelum ini .

Jika Sinar Harian boleh menyiarkan tiga nama pemilih pada 17hb Ogos 2011 maka sewajarnya dan seadilnya Sinar Harian perlu mengeluarkan lima nama pengundi unik yang saya kemukakan.

Saya juga merasa pelik mengapa Sinar Harian tidak menyiarkan berita empat bekas anggota  tentera yang telah mengaku memangkah ribuan  kertas undi bagi pihak rakan-rakan semasa mereka bertugas.

Apakah Sinar Harian sudah  menerima tekanan daripada pihak tertentu untuk bersama Pemuda PAS membongkar manipulasi pilihanraya? Jika berlaku tekanan ini saya kuatir Sinar Harian akan menerima nasib sama seperti Utusan Malaysia atau akhbar-akhbar yang sudah berkubur sebelum ini. Sinar Harian harus diberi kebebasan untuk meneruskan usaha-usaha yang murni ini.

Pemuda PAS telah menemui bukti tambahan terhadap lima nama unik yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Kes Pertama :  JUMAAYAH  BINTI  ALUS

Nama Jumaayah Bin Alus merupakan nama yang unik dan jarang sekali kita bertemu.  Menariknya terdapat dua nama JUMAAYAH BINTI ALUS yang serupa dan memiliki nombor kad pengenalan yang hampir-hampir serupa.

Seolah-olah terdapatnya manipulasi pilihanraya di sana. Identiti pertama Jumaayah Binti Alus mengundi di Dun Sungai Burong, Parlimen Tanjong Karang. Sementara identiti kedua mengundi di DUN Batang Kali, Parlimen Hulu Selangor. Tiada alamat direkodkan dalam daftar pemilih SPR.

 Menarik  lagi tiada rekod di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) bagi kedua-dua identiti ini.

 Persoalannya bagaimana seorang yang tidak memiliki rekod di JPN boleh didaftar sebagai pemilih oleh pihak SPR?  Lebih menarik lagi kedua-dua identiti  ini adalah ahli UMNO seperti butiran dibawah :

Identiti Pertama :

Nama JUMAAYAH BINTI ALUS
No Kad Pengenalan 511122105754
No Ahli UMNO 00020577
DUN BATANG KALI, SELANGOR
Cawangan SUNGAI BUAYA

 Identiti Kedua :

Nama JUMAAYAH BINTI ALUS
No Kad Pengenalan 511122105834
No Ahli UMNO 00121299
DUN SUNGAI BURONG, SELANGOR
Cawangan SERI GAMBUT

 Persoalannya bagaimana  UMNO boleh mendaftar individu yang tiada rekod dalam JPN? Jika benar identiti ini sama bagaimana mereka boleh memiliki dua nombor keahlian UMNO?

 Kes kedua :  SAINAM  BINTI  TUKISAN

SAINAM BINTI TUKISAN adalah nama yang jarang kita dengar. Terdapat dua nama ini dalam daftar pemilih SPR dan ia memiliki kad pengenalan yang hampir sama. Kedua-dua identiti mengundi di Dun Sungai Panjang, Parlimen Sungai Besar.  Kedua-dua identiti tidak memiliki alamat yang lengkap seolah-olah lebih mirip kepada manipulasi daftar pemilih SPR.

 Kedua-dua identiti  ini tiada rekod dalam JPN:

 Salah satu daripada identiti di atas adalah ahli UMNO  seperti maklumat di bawah :

Nama Sainam Binti Tukisan
No Kad Pengenalan 500307105474
No Ahli UMNO 03910808
DUN SUNGAI PANJANG
Cawangan JALAN ANGGERIK

 Persoalannya bagaimana identiti ini boleh didaftarkan sebagai pemilih dan ahli UMNO jika tiada rekod di JPN?

 Kes ke tiga : KATIMAH BINTI KADNI

KATIMAH BINTI KADNI juga nama yang jarang kita dengar. Kedua-dua identiti ini mengundi di Dun Sri Medan, Parlimen Parit Sulong dan tidak mempunyai rekod alamat dalam daftar pemilih SPR. Bukti ini sangat mirip kepada manipulasi daftar pemilih SPR.

 Kedua-dua identiti ini tidak mempunyai rekod di JPN :

 Kedua-dua Identiti adalah ahli UMNO

Identiti Pertama :

Nama KATIMAH BINTI KADNI
No Kad Pengenalan 500808015282
No Ahli UMNO 00357703
DUN SERI MEDAN, JOHOR
Cawangan PARIT BASRI DARAT

 Identiti Kedua :

Nama KATIMAH BINTI KADNI
No Kad Pengenalan 500808015290
No Ahli UMNO 00333106
DUN SERI MEDAN, JOHOR
Cawangan PARIT BASRI DARAT

 Bukti di atas sangat mencurigakan apabila KATIMAH BINTI KADNI berada di cawangan UMNO yang sama tetapi memiliki no keahlian berbeza. Cawangan tersebut adalah  di Parit Basri Darat, Seri Medan Batu Pahat  Johor. Jika benar maklumat ini maka identiti ini boleh mengundi dua kali di cawangan yang sama.

 Kes Ke empat : NESAM BANU BT MOHAMMAD FAHMI

NESAM BANU BT MOHAMMAD FAHMI adalah anggota tentera. Kedua-dua identiti ini boleh mengundi dua kali dalam undi Pos di Setiawangsa. Pemuda PAS memohon pihak Jabatan Rekod dan Pencen, Kementerian Pertahanan membuat semakkan terhadap maklumat ini.  Persoalannya bagaimana individu yang mempunyai dua nama yang unik mempunyai nombor tentera yang hampir-hampir sama. Hanya dibezakan dengan satu digit sahaja.

  Kes Ke Lima : LANUDDIN BIN NGAH MAT NASIR

 LANUDDIN BIN NGAH MAT NASIR adalah seorang anggota polis. Identiti ini mempunyai nama yang sama hanya dibezakan dengan ‘bin’ dan ‘b’ sahaja. Memiliki nombor keanggotaan polis yang hampir sama. Hanya dibezakan dengan satu digit sahaja. Identiti pertama mengundi pos di DUN Batang Kali, Parlimen Hulu Selangor dan identiti kedua di Dun Taman Templer, Parlimen Selayang. Pemuda PAS mohon pihak polis membuat pengesahan mana satukah identiti yang sebenar.

Lima nama di atas adalah lebih mirip kepada manipulasi daftar pemilih SPR. Ini bukan persoalan kecil kerana ia melibatkan ribuan data-data yang telah dijumpai oleh Pemuda PAS Malaysia. Lima data di atas adalah contoh sahaja yang membuktikan bahawa manipulsi pilihanraya benar-benar berlaku. SPR mempunyai sistem Agency Link-Up System(ALIS) dengan JPN. Mustahil sistem ini tidak dapat mengesan masalah yang telah saya kemukakan. Kecuali ALIS juga telah dimanipulsi oleh pihak-pihak berkepentingan selaras dengan slogan Tun Dr Mahathir “ Malaysia Boleh”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: