Pesanan Khas dari BERSIH 2.0 Sempena Hari Raya dan Hari Merdeka

BERSIH 2.0 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia. Kami ingin menyampaikan satu pesanan khas kepada semua warga Malaysia sempena musim perayaan ini.

Akhir-akhir ini, BERSIH 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis.

Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli:

Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam dafter pemilih adalah tepat. Semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

Kami berharap semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih. Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama.

2. Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam dafter pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.

3. Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya.

4. Jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti.

BERSIH 2.0 menyeru kepada semua warga Malaysia yang balik ke kampung sempena musim perayaan ini untuk membawa pesanan ini kepada rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga di kampung. Kami berharap individu-individu yang lebih fasih dalam penggunaan Internet membantu rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih.

* Kenyataan media oleh Jawatankuasa Pepandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

– Sumber BERSIH 2.0

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: