Bayangkan Jika PAS anjur Misi kemanusiaan Somalia

Cuba bayangkan jika Pas lah yang buat program seumpamanya membantu di Somalia atau palestin, tiba-tiba mati lah seorang anggota rombongan — apa kata PM dan pemimpin BN/Umno atau Mufti Harussani. Meh meh nak kiamat dunia PAS akan dihentam. Betul tak?

Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai tidak mempersalahkan sesiapa atas kematian jurukamera Bernama TV yang menyertai misi kemanusiaan di Somalia, kelmarin.

Respon Najib sebagai Presiden UMNO Yang Menjadi Penaung Kpd Kelab Putera 1 Malaysia, Respon Ini Kira Nak Pertahankan Anak Le…Tapi Sebagai Perdana Menteri, Respon Ini Adalah Satu Respon Yang Sangat Tidak Bertanggungjawab Dan Sangat Memalukan!

Perdana Menteri berkata keselamatan tidak boleh dijamin seratus peratus meskipun langkah-langkah berjaga diambil ataupun diberi latihan.

“Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus,” kata Najib pada sidang media di Pangkalan TUDM di sini hari ini selepas menerima jenazah.

Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu tiba kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Najib berkata adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab untuk tuding-menuding dalam isu ini sambil menekankan, adalah penting agar belajar daripada tragedi semasa untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

“Sebagaimana saya katakan, tidak sesiapa yang boleh jamin apa-apa. Jika anda tidak bersedia untuk mengambil risiko, maka duduk di rumah,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada penganjur Kelab Putera 1 Malaysia seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, Najib berkata, soalan itu tidak timbul dan “sangat tidak sensitif, yang saya tidak akan jawab.”

Sehubungan itu katanya, kematian Noramfaizul tidak akan menghalang Malaysia daripada mengadakan misi seterusnya. Sumber The Malaysia Insider

2 Respons

  1. Pas mana ada masa utk buat misi kemanusiaan atau membantu umat diluar negara… agenda dakwah dan tarbiah atau membantu ummah sejagat dlm perjuangan PAS sentiasa ditentang Umno …yg pas sibuk sibukkan adalah ceramah dan penerangan….itulah kerja org org pas sejak pas ditubuhkan….so…kpd penulis yg menulis tajuk ni…tok sah berangan nak citer pasai umno dan misi kemanusiaannya… umno terlalu sibuk dgn fitnah sampai lupa bab dakwah dan ukhuwah….. (dengan edit – harap maklum)

  2. Rombongan misi kemanusian Somalia 1malaysia diserang sebab mereka kibar atau pakai baju yg ada bendera Malaysia. Orang Somalia hatta kebanyakan rakyat negara lain tak kenal bendera Malaysia, tapi semua orang kenal bendera Amerika. Jadi rombongan tersebut diserang kerana mereka fikir rakyat Amerika yg diserang. Jadi lepas ni tolong jgn pakai bendera Malaysia di negara yg rakyatnya benci bangsa Amerika, atau Malaysia bolehlah tukar bendera, kenapa nampak benar ciplak bendera org lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: