Isu Mat Indera: Pemimpin Umno kena baca Buku Pengukir Nama Johor

Pemimpin Umno malas nak baca buku … Datuk Ghani Othman oooi bagitau kat Ahmad Maslan tu, jangan dok jadi bodo, memang Mat Sabu tu dah baca buku ni (gambar di bawah).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula meminta PAS menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Mat Sabu kerana sehingga kini parti itu hanya berdiam diri dan membiarkan Mat Sabu mempertahankan dirinya sendiri.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, sebagai pemimpin parti konon berasas Islam, Mat Sabu perlu mempamerkan sikap menegakkan Islam dan menolak fahaman komunis yang pupus dan ketinggalan zaman.

Hoi Awang Adek, bukan setakat tak buat kenyataan PAS ajak berbahas atau Berdebat.

Di PONTIAN, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO menyifatkan pihak yang bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu itu sebagai penyokong perjuangan pengganas.

“Dia (Mat Sabu) boleh diibaratkan individu ‘putus wayar’ dan buta sejarah. Dia seharusnya teliti semula fakta sejarah kerana kenyataannya itu jelas memperlekehkan sejarah negara kita. Komunis antiagama, takkan dia mahu agung-agungkan kumpulan seperti itu,” katanya selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Somalia NSTP-Media Prima di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian, semalam. – Berita Hairan

Timbalan Menteri Di JPM lagi lah bodoh, sepatutnya dia tanya MB Johor, Datuk Ghani Othman yang menandatangani Buku Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor (2004).

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman.

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis biografi ringkas ini ada menyebutkan : Justeru sewajarnya Mat Indera di abadikan namanya sebagai seorang pejuang , bukan seorang petualang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: