Pemimpin Umno kena baca Buku ni, sebelum hentam Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan kisah Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya.

Pemimpin Umno dan surat kobar Utusan Meloya dan Berita Hairan kena baca semula buku ni hahh. Patutpun Zainuddin nasihat pemimpin Umno supaya berhenti berlawan dengan Mat Sabu, Baca di sini bikin malu Ahmad Maslan  (Ketua penerangan Alif Mim Nun Wau/ sarkis) yang ‘dungu’ dengan kenyataannya sendiri di sinar harian “Mat Sabu bikin malu parti: Ahmad”. MB Johor akan tertawa besar baca kenyataan Ahmad Maslan yang tak baca sejarah Johor.

Nak baca berita Klik di sini

Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

“Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak,” katanya lagi.

Menurutnya, Pemuda PAS Johor ‘layak’ berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu.

“Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Baca lanjut di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: