Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarha​m Noramfaizu​l Mohd Nor

Pakatan Rakyat ingin memanjangkan ucapan setinggi takziah beserta simpati kami kepada keluarga  Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa menjalankan tugasan di Mogadishu, Somalia.

Pemergian arwah di usia yang muda selaku anak lelaki sulung keluarga, lantas meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata sememangnya amat menyayat hati semua warga Malaysia. Warga wartawan dan pengamal media di Malaysia juga telah kehilangan seorang rakan sekerja yang berani dan berdedikasi kepada kerjayanya.

Melihat kepada tragedi ini, kami juga menggesa supaya langkah-langkah keselamatan yang cukup dan tertib akan dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengelakkan daripada berlakunya tragedi sedemikian rupa.

Bagaimanapun pun, kami berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab akan memastikan bahawa soalan-soalan yang ditimbulkan ramai akan dijawab dengan tulus demi menampilkan kebenaran.

Dalam sementara itu, kami berdoa supaya keluarga arwah akan diberikan kekuatan dan kesabaran tatkala menempuhi masa yang mencabar dan penuh hiba ini. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh.
 
YB Dr Haji Mohd Hatta Md Ramli (PAS)                     
YB Liew Chin Tong (DAP)        
YB Nurul Izzah Anwar (PKR)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: